Jan 8, 2009

KISAH TSUNAMI DAN ALUMNI SIS GOPENG

             


     
My frend ex sis!!
nah! aku nak kongsikan dgn korang ceta di kala tsunami melanda di kawasan aku pada tahun 2004, dah 4 tahun berlalu tp mcm baru je lps berlalu, dulu bkn taknak ceta tp tak kesempatan.
 
Ni aku nak bagi date yg betoi jd tu.. 26/12/04, time tu aku keja mcm biasa (s/by 24 jam di pej), jam di dinding pej, menunjukkan jam 10 pagi. Kemudian aku dpt panggilan dari seorang kawan dari penang nak ke langkawi, jd aku bantu kawan ni dptkan kereta sewa di sana. Dlm pukul 11 pagi aku pun tel, kawan ni, dia bilang dia baru je belepas menaiki fery dr jety k/kedah ke langkawi, 
 
Dlm jam 12 -1 t/hari.. (lupa gak) aku relax kat dlm pej. ak rasa ape2 pun.. tiba2 geng yg diatas pej turun berderu, kata bgunan bgoyang.
tel bedering aku jwp.. rupa nya panggilan tu dari bilik gerakan dan panggilan tu bertanya ada apa2 berlaku ke, aku jwp, depa kat atas lari turun.. npk antu kot....
Kemudian kawan aku yg berada di langkawi td antar mesej selamat sampai.
 
aku teringatkan sahabat kat penang dan aku tel. kawan ni dan dia kata umahnya kat penang bergoyang. Dia pun bertanya mcmmana keadaan tpt aku, aku bilang ok je...
 
aku pun tgu... nah nak d pendekkan ceta.. (jam 4 petang) siaran di tv pun menceritakan hal sebenar..kemudian aku pun tel si kawan aku kat langkawi tadi.. dia kata takada apa2 belaku tgh laut tadi. 
 
aku pun tel kkawan2 aku yg keja nelayan kat kota kuala muda, ada yg termengah2 ckp dgn aku..tak payah aku cetakan saat depa masa tu..sedih..(nt aku bg korang tgk gmbar realnya, sb aku dpt rakam gambar selepas kejadian melanda sebelum wartawan masuk)
 
kami pun dpt bercakap ckit2 je dgn kkwan kat kota kuala muda tu.. dan aku suruh depa bersabar, tngu aku sampai nt.. (mcm superman)
 
Hari yg sama, jam 7 ptg aku sampai kat pekan kuala muda bersama team aku, memang suasana kelam kabut, ada yg berkaki ayam, badan pnh lumpur, anak menangis, mcm2 lg. kenderaan kami dpt msk sampai ke spg tiga kg kuala ( tpt ni tpt aku lepak dulu dgn org2 kg) aku tgk kedai mkn yg aku lepak tu hilang/gaib, ada rumah batu yg terputus dua, kenderaan tersangkut kat pokok bertendih dgn satu sama lain, sedih......nya termasuk kereta kawan aku, ked.
 
aku ngan team kami ditugaskan mjaga harta benda org kg. aku pun ronda sampai tempat naik ikan (kuala) tpt org bisik ikan. peraih bisik ikan dgn nelayan (tpt lain tak jmpanya stail mcm ni)

           

subhanaallah!! korang tgk le gambar yg aku kirimkan ni.. dlm hati kecik ni mcm2 dok ingat..., dlm gelap samar-samar dek lampu suluh aku, aku pun tergerak nak ke pantai, (jarak pantai dgn jalnraya 10 meter je) dalam gelap tu aku nampak banyak ikan mati terdampar, mcm2 jenis ikan tp yg banyaknya ikan duri. sebelum ni ada aku bersembang dgn kenalan aku di kampung tu psl kejadian pelik ni, depa kata ada 2 ombak berlaku selang antara 1 @ 2 jam, tapi org kg tak perasan, ombak tsunami yg pertama tu byk ikan yg fening sb ombak yg mai bergulung dgn lumpur, tu yg laut jadi surut jauh, apa lagi kaum2 tu guna tangan je tangkap ikan sbab ikan tu mabok.

dan bila mai ombak kedua, ada 2-3 orang tak sempat nak patah balik ke pantai sebab dah jauh, korang bayangkan, ada satu alat di tengah laut tu, yang di pacak di tengah laut untuk menjadi pedoman pelaut. Tiang tu setinggi tiang lampu jalan, dicatkan berbelang merah dan putih, jadi ada satu hamba allah ni nampak ada orang berhampiran tiang tu masa ombak sampai, dari pantai nampak ombak kali kedua tu setinggi tiang tadi menghempas orang yg berada di tiang tadi. masa tu ada yg bergayung pada pokok, naik bumbung kereta, naik atas rumah. Dalam celah2 tu ada pulak di 2 buah rumah kg sedang mengadakan kenduri kawin, apa lagi abis periuk belanga, nasi kawah dihanyutkan ombak tadi, gambar tu kan nampak banyak kereta sebab kg tu bukannya ada banyak kereta jd kereta2 tu tetamu yg datang ke kenduri kawin tu le... ok habis bab ni..

     


      

masa aku berjalan di tepi pantai sambil menyuluh2 kawasan semak pantai, tiba2 aku tersuluh sekujur tubuh, cfom mayat (dlm foto aku tu), kemudian aku bagi tau org kg, org yg di hempas ombak td mungkin mayat ni. Rupanya masa tu arwah dok kutip ikan sb ayer laut surut jauh kata kawan aku ishak, depa npk arwah ni telah di hempas oleh ombak setinggi pokok nyoir. korang tgk mayat arwah senyum je...kami pun angkat mayat dan serah pada pihak hospital. Kemudian kami menyambung tugas dan dikerahkan menjaga kawasan tersebut.

 
tak dpt nak lelapkan mata sb agas n nyamuk byk. sampai cerah baru rasa tenang. pagi tu baru tgk sepuas2nya. kawasan sepanjang kg kuala n kg sg yu sehingga pulau sayak di landa ombak tsunami, masa tu tak tgk tv tpt2 yg lain dilanda malapetaka yg sama, ingatkan kat kota kuala muda sahaja yg dilanda musibah (ada pakcik berkata lintasan ombak tersebut dipercayai datang dari arah laut andaman).
 
pagi tu mcm2 ajensi sampai. nak ceta ckit bab emosi org2 kg yg kena musibah mcm ni atau pun kes bkt antarabangsa baru2 ni. sape2 pun blh cerita @ komen psl kejadian allah ni tp jgn sesekali bercakap dihadapan dgn mangsa2 mcm ni. mereka ni cpt marah dan dlm keadaan bercelaru) 

     


      

mcm kenalan aku kat kg ni, nama dia pak eil. rumah dia hilang sekelip mata, kereta terpelanting ke paya nipah belakang rumah. tiba2 datang 2-3 org bomba p pecahkan tingkap kenderaan yg berada di hadapan aku n pak eil. (sory sham bukan team hang) ape lg pak eil pegang parang n mhala ke kumpulan ahli bomba td n berteriak 'apa hal korang p pecah cermin kereta tu', lalu jwp slh sorg dari ahli bomba td, nak tgk kut2 ada mangsa. kalau ikut hati mmg salah le perkiraan bomba tu, tak payah pecah cermin tgkap, tgk dgn baik2 pun npk. oleh kerana mereka nampak pak eil naik angin, geng bomba tadi pun berundur, Kemudian pak eil tgk aku angkat tangan tnda sudah, dia pun mghampiri aku dan berkata 'alim, hang tengok, hang tengok, bukan aku marah tp patut ke depa buat mcm tu, aku ni prnah hanyut terapung 18 jam kat tgh laut sb bot terbalik, tak pernah aku buat mcm ni (sifat marahnya) tp hang tgk sendiri, aku bkn nak puji hang, hang sangup jaga barang kami, mai depa ni senang2 p pecah, kami dah takdak menda lain" korang bayangkan.betapa sedih jd mcm ni, tp bukan di minta ini sudah takdir. 

           

pengalaman ni mmg tak boleh di jual beli, dah 4 thn berlalu tapi msh di ingatan aku, depa yg terlibat, hanya tuhan yg tau hati n naluri depa ketika itu. 
 
sekarang mangsa2 tsunami kat kg ni dah terbela, kerajaan dah bagi rumah yg selesa, korang semua kalau mai kawasan kedah @ penang bolah p tgk, kawasan dah jd padang jarak padang terkukur dan boleh lihat perkampungan baru mangsa tsunami. 

 

banyak perkara yg blh kita ambil iktibar. sama2 kita renungkan.


 

halim t diver. 

(Alumni 1987)

1 comment:

  1. one in a million nyer pengalaman, yang boleh dikongsi dan jadi pengajaran sampai ke anak cucu nanti. :)

    ReplyDelete