Hari sibuk nak prepare meeting Majalah Sekolah untuk minggu hadapan.Masa sibuk-sibuk teringat pulak zaman sekolah kat SIS dulu.
Saya memang jadi AJK Sidang Redaksi. Kenangan manis waktu kat sekolah.Pusat sumber lah 'pot' kami membuat kerja-kerja redaksi. Ada yang menggunting gambar, ada yang jadi tukang gam dan ada juga tukang lawak (bukannya buat kerja tapi kawan-kawan tak kisah kerana seronok sampai tak kisah buat kerja). Masa tu lah peluang menatap gambar cik abang yang waktu tu masuk kadet tentera sekolah. Si Pali lah yang jadi tukang tayang gambar budak-budak kadet pergi perkhemahan.Masa tu (kalau tak silap), budak kadet dapat satu page penuh majalah untuk masukkan laporan dan gambar aktiviti mereka.
Dalam masa buat kerja, wujud jugak peluang bersembang-sembang. Teringat pulak pada Cicit ( Sorry ek.Tak ingat lak nama penuhnya). Gara-gara berbual dan buat kerja bersama-sama, dah kena gossip.Pulak! Kat SIS pun banyak wartawan hiburan gak.Jangan tak tau.Cicit sekarang pulak entah ke mana. Dengar cerita dulu, dia dah jadi cikgu.tapi tak tau lah.
Bila terkenang-kenang cerita lama, tersengih sendiri. Mana tidaknya. Teringatkan telatah kawan-kawan- Shidah, Pidah,Yan,Pali, Man, Sham.....sorry ramai lagi yang dah tak ingat.
Sebut pasal majalah sekolah ni, hari tu waktu majlis pelancaran kelas RK kat SIS, majalah-majalah lama ditayangkan untuk tatapan mak bapak bebudak RK. Geng oi! Gambar batch 1987 masih ada tau.Saya dan Joe gelak besar tengok gambar lama kami berdua dan gambar-gambar member.Alahai! La eh nya!
Masa tu juga baca balik cerpen saya yang dapat nombor satu dalam Pertandingan Menulis Cerpen sekolah, tersengih melihat kembali coretan zaman sekolah.Waktu hati mula terpaut pada sang teruna.Hehehe!Tapi sungguh, masa tu tak bercintapun.Memang kawan je. Masa sekolah wei! Mana boleh main cinta, tapi main mata tak pa la!Hehehe!.
Teringat lak pada Kak Lily. Kak Lily memang banyak simpan rahsia. Kakak yang paling sporting dalam dunia.Masa tu gak yang jadi kawan rapat tu, salah seorangnya si Alim tu lah.Kapten Hoki sekolah.Tapi hanya dia jugak yang tinggal masih jadi best friend saya dan masih contact saya. yang lain...entah.Hilang ke mana. Tu pasal blog ni diwujudkan.Nak menyambung silaturahim yang terputus.
La ni teringat pulak kat 'abang pilot'. Ila, Noni, Pidah, Shidah, Yan .....ingat tak pada abang pilot.Hehehe! rahsia kami masa Tingkatan 5 dulu. Sweet seventeen katakan.Bila teringat pasal tu, memang geli hati. Kenangan manis zaman sekolah memang tak dapat dilupakan.
Tu la tadi sebut pasal majalah, ni dah terkenang-kenang kisah lama. La ni, tak sangka pulak Jadi Editor Majalah Sekolah. Orang lain lak kena dengar arahan saya.Hehehe!Kalau zaman bebudak dulu mampu hasilkan majalah yang berkualiti yang jadi kenangan hasil kerja bersama-sama kawan, la ni insyaallah saya akan hasilkan yang terbaik berkat sokongan ketua pentadbir sekolah. Ok Arios buat kali ini.
Anak sapa ni?Hehehe! Anak Ani dan Joe la!
adoi lupa lak sape kah gerangan abang pilot tu ek ?
ReplyDeletelupa lak ila ni! ala! yang bawak helikopter dan kapal terbang persendirian time lalu atas langit SIS dan yang kita selalu lambai-lambai dan panggil abang pilot tu!
ReplyDelete