Jan 27, 2009

Jumpa member lama

salam geng!!
 
mula sekali nak ucapkan 'kong hi fatt choy' kat bbudak cina sis, yg redah blog ni, mcm ah san, sory ah sun wa 'pai se' sama lu, sy tak dpt blk gopeng jumpa u sb i duty laa. any way korang semua enjoy dkt kampung halaman sendiri (mmg best kan)
 
ni ceta i jmpa rosmadi.
pada 7/1/09 i ada projek (tugas) kat satu kawasan hutan d daerah sik, kedah (time ni ani kutok aku sb aku dok dlm hutan lama sgt) sabo je le.., kawasan tu lbh krg 84km dr bandaraya a/setar. lps buat flashing kat kawasan tu, i teringat kat madi @ rosmadi, (kapten sepak takraw sis 87) tingkatan 5A1, (1 klas ngan jo kan) jd i call dia sb madi ada bagi tau sy thn lps... dia kata nak berubat kat kawasan parit panjang, baling, kedah. masa tu bila i call, tak jwp. ok, esok nya i call lagi baru dia jwp, dia kata dia baru sampai di parit pjg tu. 
masa i jumpa dia thn lps dia bagi tau, tujuan dia ke parit pjg (sekolah pondok) untuk proses berubat secara islam (dia kena strok) agak terok gak sb doktor kata dia 50-50 blh edup, sb strok tu serang dlm otak dia, jd otak bhg. program dia jd slow. nak ingatkan satu2 benda tu lambat dan blh jd sawan tarik... kesiankan..
raya 07.. i ngan pali sempat jumpa dia kat umah abg dia kat gopeng..abg dia pun bkas sis dah jd cikgu pun tp tak ingat kat mana. 
ok smbung ceta.., i call dia, cfom kan tampat dia dok kat sokolah pondok kat parit pjg tu, mmg i tau tmpat tu tp tak prnah masuk ke dalam, jarak dari jln beso ke tempat tu lbh kureng 500 meter je. sblm sampai tpt madi tu.. i singah beli barang2 kering mcm serbuk kopi, gula, susu, magi, roti, biskut utk di bagi kat madi. i pun sampai kat kawasan sekolah pondok tu.. i tgk keadaan pondok2 tpt pelajar2 tingai... nak ceta pun tak sampai hati..apa lagi nak ambik gbr...kat cni i blh bagi tau u org.. pondok depa tingai tu lbh kurang pondok kebun org tungu durian luruh mcm kat kebun durian jahang, tp tmpat belajar ok le..disitu i jumpa mcm2 org, ada yg dtg dari KL dan seluruh semnajung la dari usia 10thn hingga 40thn, kemudian i jmpa satu budak.. umur dlm 11thn.. i tanya dia dtg dari mana, dari tmn cempaka ipoh, lalu tnyakan madi, kat situ madi dikenali dgn nama panggilan sheikh ipoh (sakit strok).
kemudian adik tu bawa i jlan kaki ikut celah2 pondok depa tu, saiz pondok 12kaki X 12 kaki, celok nya celok baru jumpa pondok madi.. kat situ madi (rambut pun baru cukur je)sedang berbual dgn 3 org kenalan dia. ok gak tgk dia masa tu, percakapan pun dah lancar.. tp tgk ayer muka dia...., ceria tp dlm sape yg tau..., i tgk pondok dia, kira ok gak le... sb ada bekalan karen, ilik ayer pun dkt je... n i sempat jengok h/p dia tgh cas kat dinding pondok. i pun tnya khbar, dia kata dah byk ok.... tp tak blh byk fikir...., 
ceta ni bkn tujuan nak memburuk2 kisah kawan2. mulanya jauh di sudut hati sy utk menceritakan menda ni tp semua atas dasar persahabatan, (sbab2 dia kena strok tu, biar le dia sendiri yg ceta kat korang, bila ada kesempatan yg jumpa dia nt) d stoy mkin ada kawan2 baik dia yg lain tak tau dia jd mcm ni..., lbh2 lg bukan dia nak jd mcm ni tp dah tersurat. 
dia sempat bergurau ngan sy kat situ.. mkin nak elangkan rsa sdih dia, sblm balik sy ingatkan dia jaga kesihatan sama, dan call kalu ada prolem.... sb tpt tu jauh gak, kalu dkt mkin sy lepak kat situ je..( nt kalu i ada simpan gmbar2 lama kat sis ngan madi, i bagi u all tgk.. gbar terbaru kalu ada pun i pos kan kat blog ni 
  

ok my frend... jmpa lagi...by

-Halim Tahir (Alumni 1987)-

Jan 22, 2009

KOLEKSI GAMBAR HARI RAYA DENGAN GENG SIS

        


     

Dihantar oleh Halim Tahir (Alumni 1987)

Jan 10, 2009

LAGU SEKOLAH (NYANYIAN ALUMNI)

Ini lagu sekolah yang dihantar oleh Halim Tahir (Alumni 1987). Tak tahulah camna lagunya sebab admin tak dapat dengar dulu (speaker Admin rosak). So, kalau ada  dengar berilah komen ek!

Klik kat LAGU SEKOLAH 

Lepas tu bila keluar paparan klik OPEN (tak perlu save tapi kalau nak save pun tak pa)) dan anda akan dengar suara Halim nyanyikan lagu sekolah.

(Kalau tak dapat dengar maklumkan pada Admin yek.)

Jan 9, 2009

Majalah Sekolah dan Kenangan Lama

Hari sibuk nak prepare meeting Majalah Sekolah untuk minggu hadapan.Masa sibuk-sibuk teringat pulak zaman sekolah kat SIS dulu.

Saya memang jadi AJK Sidang Redaksi. Kenangan manis waktu kat sekolah.Pusat sumber lah 'pot' kami membuat kerja-kerja redaksi. Ada yang menggunting gambar, ada yang jadi tukang gam dan ada juga tukang lawak (bukannya buat kerja tapi kawan-kawan tak kisah kerana seronok sampai tak kisah buat kerja). Masa tu lah peluang menatap gambar cik abang yang waktu tu masuk kadet tentera sekolah. Si Pali lah yang jadi tukang tayang gambar budak-budak kadet pergi perkhemahan.Masa tu (kalau tak silap), budak kadet dapat satu page penuh majalah untuk masukkan laporan dan gambar aktiviti mereka.

Dalam masa buat kerja, wujud jugak peluang bersembang-sembang. Teringat pulak pada Cicit ( Sorry ek.Tak ingat lak nama penuhnya). Gara-gara berbual dan buat kerja bersama-sama, dah kena gossip.Pulak! Kat SIS pun banyak wartawan hiburan gak.Jangan tak tau.Cicit sekarang pulak entah ke mana. Dengar cerita dulu, dia dah jadi cikgu.tapi tak tau lah.
Bila terkenang-kenang cerita lama, tersengih sendiri. Mana tidaknya. Teringatkan telatah kawan-kawan- Shidah, Pidah,Yan,Pali, Man, Sham.....sorry ramai lagi yang dah tak ingat.
Sebut pasal majalah sekolah ni, hari tu waktu majlis pelancaran kelas RK kat SIS, majalah-majalah lama ditayangkan untuk tatapan mak bapak bebudak RK. Geng oi! Gambar batch 1987 masih ada tau.Saya dan Joe gelak besar tengok gambar lama kami berdua dan gambar-gambar member.Alahai! La eh nya!
Masa tu juga baca balik cerpen saya yang dapat nombor satu dalam Pertandingan Menulis Cerpen sekolah, tersengih melihat kembali coretan zaman sekolah.Waktu hati mula terpaut pada sang teruna.Hehehe!Tapi sungguh, masa tu tak bercintapun.Memang kawan je. Masa sekolah wei! Mana boleh main cinta, tapi main mata tak pa la!Hehehe!.
Teringat lak pada Kak Lily. Kak Lily memang banyak simpan rahsia. Kakak yang paling sporting dalam dunia.Masa tu gak yang jadi kawan rapat tu, salah seorangnya si Alim tu lah.Kapten Hoki sekolah.Tapi hanya dia jugak yang tinggal masih jadi best friend saya dan masih contact saya. yang lain...entah.Hilang ke mana. Tu pasal blog ni diwujudkan.Nak menyambung silaturahim yang terputus.
La ni teringat pulak kat 'abang pilot'. Ila, Noni, Pidah, Shidah, Yan .....ingat tak pada abang pilot.Hehehe! rahsia kami masa Tingkatan 5 dulu. Sweet seventeen katakan.Bila teringat pasal tu, memang geli hati. Kenangan manis zaman sekolah memang tak dapat dilupakan.
Tu la tadi sebut pasal majalah, ni dah terkenang-kenang kisah lama. La ni, tak sangka pulak Jadi Editor Majalah Sekolah. Orang lain lak kena dengar arahan saya.Hehehe!Kalau zaman bebudak dulu mampu hasilkan majalah yang berkualiti yang jadi kenangan hasil kerja bersama-sama kawan, la ni insyaallah saya akan hasilkan yang terbaik berkat sokongan ketua pentadbir sekolah. Ok Arios buat kali ini.
Anak sapa ni?
Hehehe! Anak Ani dan Joe la!

Jan 8, 2009

KISAH TSUNAMI DAN ALUMNI SIS GOPENG

             


     
My frend ex sis!!
nah! aku nak kongsikan dgn korang ceta di kala tsunami melanda di kawasan aku pada tahun 2004, dah 4 tahun berlalu tp mcm baru je lps berlalu, dulu bkn taknak ceta tp tak kesempatan.
 
Ni aku nak bagi date yg betoi jd tu.. 26/12/04, time tu aku keja mcm biasa (s/by 24 jam di pej), jam di dinding pej, menunjukkan jam 10 pagi. Kemudian aku dpt panggilan dari seorang kawan dari penang nak ke langkawi, jd aku bantu kawan ni dptkan kereta sewa di sana. Dlm pukul 11 pagi aku pun tel, kawan ni, dia bilang dia baru je belepas menaiki fery dr jety k/kedah ke langkawi, 
 
Dlm jam 12 -1 t/hari.. (lupa gak) aku relax kat dlm pej. ak rasa ape2 pun.. tiba2 geng yg diatas pej turun berderu, kata bgunan bgoyang.
tel bedering aku jwp.. rupa nya panggilan tu dari bilik gerakan dan panggilan tu bertanya ada apa2 berlaku ke, aku jwp, depa kat atas lari turun.. npk antu kot....
Kemudian kawan aku yg berada di langkawi td antar mesej selamat sampai.
 
aku teringatkan sahabat kat penang dan aku tel. kawan ni dan dia kata umahnya kat penang bergoyang. Dia pun bertanya mcmmana keadaan tpt aku, aku bilang ok je...
 
aku pun tgu... nah nak d pendekkan ceta.. (jam 4 petang) siaran di tv pun menceritakan hal sebenar..kemudian aku pun tel si kawan aku kat langkawi tadi.. dia kata takada apa2 belaku tgh laut tadi. 
 
aku pun tel kkawan2 aku yg keja nelayan kat kota kuala muda, ada yg termengah2 ckp dgn aku..tak payah aku cetakan saat depa masa tu..sedih..(nt aku bg korang tgk gmbar realnya, sb aku dpt rakam gambar selepas kejadian melanda sebelum wartawan masuk)
 
kami pun dpt bercakap ckit2 je dgn kkwan kat kota kuala muda tu.. dan aku suruh depa bersabar, tngu aku sampai nt.. (mcm superman)
 
Hari yg sama, jam 7 ptg aku sampai kat pekan kuala muda bersama team aku, memang suasana kelam kabut, ada yg berkaki ayam, badan pnh lumpur, anak menangis, mcm2 lg. kenderaan kami dpt msk sampai ke spg tiga kg kuala ( tpt ni tpt aku lepak dulu dgn org2 kg) aku tgk kedai mkn yg aku lepak tu hilang/gaib, ada rumah batu yg terputus dua, kenderaan tersangkut kat pokok bertendih dgn satu sama lain, sedih......nya termasuk kereta kawan aku, ked.
 
aku ngan team kami ditugaskan mjaga harta benda org kg. aku pun ronda sampai tempat naik ikan (kuala) tpt org bisik ikan. peraih bisik ikan dgn nelayan (tpt lain tak jmpanya stail mcm ni)

           

subhanaallah!! korang tgk le gambar yg aku kirimkan ni.. dlm hati kecik ni mcm2 dok ingat..., dlm gelap samar-samar dek lampu suluh aku, aku pun tergerak nak ke pantai, (jarak pantai dgn jalnraya 10 meter je) dalam gelap tu aku nampak banyak ikan mati terdampar, mcm2 jenis ikan tp yg banyaknya ikan duri. sebelum ni ada aku bersembang dgn kenalan aku di kampung tu psl kejadian pelik ni, depa kata ada 2 ombak berlaku selang antara 1 @ 2 jam, tapi org kg tak perasan, ombak tsunami yg pertama tu byk ikan yg fening sb ombak yg mai bergulung dgn lumpur, tu yg laut jadi surut jauh, apa lagi kaum2 tu guna tangan je tangkap ikan sbab ikan tu mabok.

dan bila mai ombak kedua, ada 2-3 orang tak sempat nak patah balik ke pantai sebab dah jauh, korang bayangkan, ada satu alat di tengah laut tu, yang di pacak di tengah laut untuk menjadi pedoman pelaut. Tiang tu setinggi tiang lampu jalan, dicatkan berbelang merah dan putih, jadi ada satu hamba allah ni nampak ada orang berhampiran tiang tu masa ombak sampai, dari pantai nampak ombak kali kedua tu setinggi tiang tadi menghempas orang yg berada di tiang tadi. masa tu ada yg bergayung pada pokok, naik bumbung kereta, naik atas rumah. Dalam celah2 tu ada pulak di 2 buah rumah kg sedang mengadakan kenduri kawin, apa lagi abis periuk belanga, nasi kawah dihanyutkan ombak tadi, gambar tu kan nampak banyak kereta sebab kg tu bukannya ada banyak kereta jd kereta2 tu tetamu yg datang ke kenduri kawin tu le... ok habis bab ni..

     


      

masa aku berjalan di tepi pantai sambil menyuluh2 kawasan semak pantai, tiba2 aku tersuluh sekujur tubuh, cfom mayat (dlm foto aku tu), kemudian aku bagi tau org kg, org yg di hempas ombak td mungkin mayat ni. Rupanya masa tu arwah dok kutip ikan sb ayer laut surut jauh kata kawan aku ishak, depa npk arwah ni telah di hempas oleh ombak setinggi pokok nyoir. korang tgk mayat arwah senyum je...kami pun angkat mayat dan serah pada pihak hospital. Kemudian kami menyambung tugas dan dikerahkan menjaga kawasan tersebut.

 
tak dpt nak lelapkan mata sb agas n nyamuk byk. sampai cerah baru rasa tenang. pagi tu baru tgk sepuas2nya. kawasan sepanjang kg kuala n kg sg yu sehingga pulau sayak di landa ombak tsunami, masa tu tak tgk tv tpt2 yg lain dilanda malapetaka yg sama, ingatkan kat kota kuala muda sahaja yg dilanda musibah (ada pakcik berkata lintasan ombak tersebut dipercayai datang dari arah laut andaman).
 
pagi tu mcm2 ajensi sampai. nak ceta ckit bab emosi org2 kg yg kena musibah mcm ni atau pun kes bkt antarabangsa baru2 ni. sape2 pun blh cerita @ komen psl kejadian allah ni tp jgn sesekali bercakap dihadapan dgn mangsa2 mcm ni. mereka ni cpt marah dan dlm keadaan bercelaru) 

     


      

mcm kenalan aku kat kg ni, nama dia pak eil. rumah dia hilang sekelip mata, kereta terpelanting ke paya nipah belakang rumah. tiba2 datang 2-3 org bomba p pecahkan tingkap kenderaan yg berada di hadapan aku n pak eil. (sory sham bukan team hang) ape lg pak eil pegang parang n mhala ke kumpulan ahli bomba td n berteriak 'apa hal korang p pecah cermin kereta tu', lalu jwp slh sorg dari ahli bomba td, nak tgk kut2 ada mangsa. kalau ikut hati mmg salah le perkiraan bomba tu, tak payah pecah cermin tgkap, tgk dgn baik2 pun npk. oleh kerana mereka nampak pak eil naik angin, geng bomba tadi pun berundur, Kemudian pak eil tgk aku angkat tangan tnda sudah, dia pun mghampiri aku dan berkata 'alim, hang tengok, hang tengok, bukan aku marah tp patut ke depa buat mcm tu, aku ni prnah hanyut terapung 18 jam kat tgh laut sb bot terbalik, tak pernah aku buat mcm ni (sifat marahnya) tp hang tgk sendiri, aku bkn nak puji hang, hang sangup jaga barang kami, mai depa ni senang2 p pecah, kami dah takdak menda lain" korang bayangkan.betapa sedih jd mcm ni, tp bukan di minta ini sudah takdir. 

           

pengalaman ni mmg tak boleh di jual beli, dah 4 thn berlalu tapi msh di ingatan aku, depa yg terlibat, hanya tuhan yg tau hati n naluri depa ketika itu. 
 
sekarang mangsa2 tsunami kat kg ni dah terbela, kerajaan dah bagi rumah yg selesa, korang semua kalau mai kawasan kedah @ penang bolah p tgk, kawasan dah jd padang jarak padang terkukur dan boleh lihat perkampungan baru mangsa tsunami. 

 

banyak perkara yg blh kita ambil iktibar. sama2 kita renungkan.


 

halim t diver. 

(Alumni 1987)

Jan 7, 2009

Mai lah join wahai Alumni SIS Gopeng!

Sham (Alumni 1987) baru semalam 'join the club' (Untuk melihat maklumat Sham, sila klik ke ruangan daftar keahlian).Thank, Sham kerana beri sokongan pada projek baru aku dan Alim mengumpulkan kawan-kawan lama. Tapi mana gambarnya?Teringin gak tengok gambar baru.Yang ada dalam fikiran hanya Sham yang lama.Kalau terjumpa kat mana-mana, jangan marah ye kalau tak tegur.Bukan apa, kekadang tu rupa kekawan dah berubah.Mana nak kenalnya.

Minggu lepas (kalau tak silap la), terjumpa Charlie (ingat lagi ke Shaharizala-anak bomba yang sekarang dah jadi bomba gak tu?) Yang kenal tentunya geng Alumni 1987. Maa tu tak dan nak sembang lama. Dia baru sampai ,saya dan Joe pulak dah nak balik.Teringin gak nak maklumkan pada dia pasal blog ni tapi tak sempat.Nak kata macam mana tak ada rezeki.

Tadi baru post cerita Ila .(Alumni 1987.Thanks Ila for your post dan atas sokongan yang diberi. tapi mana Shidahnya.Mana Pidahnya dan yang lain-lain. Si Noni pulak apa cerita?Wei! Geng , cepatlah join. Semua tu Alumni 1987.Cepatlah hantar cerita dan berita.Begitu juga senoir dan junior saya yang lain. Marilah kita meriahkan blog ni dengan cerita-cerita kita. Ada rezeki boleh lah kita buat gathering semua Alumni.Kan seronok.

Selepas 2 Dekad...

1998 – 2008 (20 tahun). Now kita di tahun baru 2009. Dah 20 tahun kita meninggalkan S.I.S. So many things have happened. Nak memulakan cerita ceriti diri nie, hmm nak start kat mana ek.

Seringkasnya – after form 5, saye sambung study to form 6 (kat Raja Chulan, Ipoh).

Then off to UiTM , sambung study amik Mass Communication and majoring dalam Broadcasting.

Alhamdullillah now dah kerja for 14 years in the Broadcasting Industry. Ala kerja-kerja di belakang tabir.

So ..... this is me now ! he he. . Tengah dok cari gambar lama masa form 5 dulu, ada kat umah mak di Gopeng. Balik nanti boleh selongkar gerobok buku.

-dikirim oleh Norazila Hashim(Ila) Alumni 1987

Jan 4, 2009

GAMBAR ALUMNI

Semalam si Alim bengang kat saya pasal gambar dia tak de dalam profil alumni.Hehehe! Tau, dia kata dah emel tapi hilang tengah perjalanan kot. Dari hutan nun, dia sms saya.Tengah syok saya tidur lak tu.Tapi tak ngaku 'jaki' tenguk gambar saya dan Joe.

Ala!Saya bukan saja nak tayang muka tapi nak bagi semangat kat alumni yang lain.Meh lah geng! Kongi gambar dan kongsi cerita. Ini kan ada peluang.kalau tak nak saya asyik dengan cerita saya,cepat-cepat lah hantar cerita 'korang' pulak.Saya bukan apa, tak nak blog ni kosong je.Tu yang masukkan saja tulisan. Ni pun nak cari banyak info tentang SIS. Tentang itu tak susah sangat. i Mas anak Cikgu Bakar mengajar di situ. Kita ada alumni yang jadi staff SIS.Kira ok lah.

Bagi Alim, hang bukan ke admin ke-2 blog ni.lagi senang. pakai 'remote control je'. Tup-tup saya dah add.

Jan 3, 2009

SUMBANGAN ANDA PADA SEKOLAH

Sebagai alumni SIS Gopeng, pernahkah kita memberikan apa-apa sumbangan kepada sekolah? tak tahulah anda tapi saya tak pernah lagi, selain SUMBANGAN ANAK! Hehehe!Itupun pinjam je!

But seriusly! Ramai yang mungkin tak pernah terfikir atau tak tahu macamana nak bantu sekolah. tak cemburu ke tengok alumni sekolah lain begitu hebat kerana berjaya bergabung dan memberi sumbangan yang besar pada sekolah masing-masing.Kita?

Saya rasa nak adakan aktiviti-aktiviti tertentu untuk tujuan ini pada masa akan datang. Perancangan saya boleh uruskan tapi pelaksanaan perlu kerjasama dan bantuan alumni lain. Bersatu teguh bercerai roboh geng!

Kalau kita bergabung, adanyanya usahasama, saya yakin kita boleh juga memberi sumbangan kepada sekolah. Tak kiralah sama ada dalam bentuk wang, tenaga, program dan sebagainya. Kadang-kadang orang berat nak keluar wang,tak pa. Keluar tenaga, bantulah kalau ada apa-apa program yang akan kami jalankan. Bantuan dan sumbangan tak semestinya dalam bentuk wang. Beri idea dan cadangan pun sumbangan jugak. tapi kalau beri idea,berilah cara atau jalan nak laksanakan idea gak. 

Ada orang pulak lebih rela sumbang wang sebab tak ada masa nak join aktiviti.lagipun tak payah susah-susah.

Jadi anda macamana? Apakah bentuk sumbangan yang anda mampu dan sanggup bagi pada sekolah?

Jadi, saya nak wujudkan poll dan survey untuk itu.Jangan tak vote! kalau nak komen tentang hal ini, komen di bawah tulisan ni.k

NAMA KELAS BERUBAH

Masa belek-belek majalah sekolah, saya baru perasan tentang sesuatu.Nama-nama kelas dah berubah la wei!

Anatara nama-nama kelas ialah

ALPHA

BETA

THETA

DELTA

SIGMA

NEWTON

FARADAY

GLOBAL

INOVATIF

KREATIF

DINAMIK

Apa komen anda? Nanti saya buat poll dan survey di side bar.so vote okay!

SIS SUDAH ADA KELAS RK

Tahu tak? Mulai tahun 2008 (tahun lepas le) sekolah kita tu dah mewujudkan dua kelas khas yang dinamakan kelas Rancangan Khas atau singkatannya RK. jadi, stu kelas RKA dan satu lagi namanya RKB.

Kelas RK ni bukannya kelas pemulihan ek! Kelas ini merupakan satu kelas khas yang diwujudkan untuk mengumpulkan anak-anak tempatan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peluang atau tidak mahu ke asrama penuh. 

Kenapa ada RKA dan RKB?

Jawapannya:

Disebabkan PPD Kinta (kita dah ada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan  yang terletak dalam kawasan SMK Kampar,Perak-khusus untuk Daerah Kinta Selatan) hanya membenarkan satu kelas RK diwujudkan, jadi RKA sahaja yang diiktiraf sebagai kelas Rancangan Khas dalam JPN Perak.Maksudnya pelajar-pelajar yang masuk dalam RKA ialah pelajar-pelajar yang dipilih oleh PPD Kinta Selatan.

Manakala pelajar-pelajar RKB dipilih oleh pihak sekolah.Alasannya, terdapat ramai pelajar yang cemerlang (terutama dari kaum Cina dan India) yang harus juga diberi peluang menikmati program-program kecemerlangan seperti pelajar asrama penuh. Cuma kemusykilannya ialah peruntukan JPN untuk kelas RKA adakah digunapakai juga untuk RKB? Kalau benar, macam tak adillah,kan. Pelajar-pelajar RKA dipilih khas oleh PPD tapi peruntukan digunapakai untuk dua kelas.Terpaksa berkongsi hak pulak.TAPI hal tersebut, hanya cikgu-cikgu SIS yang tahu.

Berbalik pasal RK tadi.Tujuan penubuhannya adalah supaya pelajar-pelajar cemerlang ini dapat dibantu ditingkatkan lagi prestasi walaupun tidak bersekolah di sekolah asrama. Banyak program khas yang diadakan untuk tujuan ini. Mereka ini mendapat layanan ala pelajar asrama penuh. Program motivasi, lawatan sambil belajar, kem di sekolah dan macam-macam lagi telah diadakan. Mungkin pada tahun pertama adalah kekurangan dari segi pengurusan.Tapi rasanya akan datang, sekolah akan meningkatkan lagi kualiti program.

Nak tahu? Anak saya Juliana juga dipilih masuk RKA. Disebabkan Juliana ni tak boleh lekang dengan saya (satu-satunya anak perempuan wei!), walaupun dia mendapat 5A tapi dia tidak mohon mana-mana sekolah asrama. Kecik lagi.Biarlah belajar di SIS. Lagipun emak dan ayahnya asalnya SIS jugak. Kira ok apa.

Jan 2, 2009

LAGU SEKOLAH

Masih ingat tak melodi lagu sekolah.Ha!Ha!Ha!Mesti ramai yang lupa.Lirik pun tak ingat,kan.Biasalah tu. Saya dan Joe pun tak ingat.Semalam masa kami tengok lirik, kami cuba-cuba nyanyikan.Alamak! Sumbang wei!Anak dara saya yang tingkatan 2 kat SIS tahun ni punyalah gelak besar."Ibu,ayah, jangan nyanyilah.Rosak lagu!"

Ni di bawah lirik lagu sekolah. Cubalah nyanyi. Kot-kot ingat.

LAGU SEKOLAH SIS GOPENG

Mari kita berusaha

Usaha punca kejayaan

Doakanlah kepada Tuhan

Mencapai cita-cita

Mari kita sama-sama

Amalkan Rukun Negara

Kita hidup bersatu padu

Taat Kepada Raja dan Negara

Rajinlah menuntut ilmu

Ilmu membawa ke

kemajuan

Kita maju di dalam sukan

Sihat Kesihatan

Marilah kita berbakti

Pada negara dan sekolah

Sekolah Idris Shah

Majulah maju sekolah kita

t/kasih byk2 le ye

any way t/kasih byk2 le ye. ani.. ssah2.. ko buat gak ek!
ni bkn apa.. utk ko gak.. mn tau.. mkin kkwan bg ilham ckit seorang.. dpt gak ko tokok tmbah dlm cita2 ko (mana aku tau)
n blh gak kkwan lama tu contek blk.. dah 21 thn terpisah ( bkn ngan aku ek) 
mmg aku perlukan menda mcm ni.. bkn ape aku nak tgk sejauh mana.. geng2 kita yg celik i.t (bukan ibu tugai)( ada ke kkawan kita jd ibu tungai) aku byk adea ni, kalu dpt kita bgabung ckit sorang.. tgu je projek aku, beso idak le dapt le dalam sejuta sorang perhz!)
tujuan ni agak mana tau ada rezki kita buat reunion, bantu kkwan yg dalam kesusahan (kena tgk gak le susah mcm mana) kalau mcm si shidah tu, tak yah tulun pun tak pe.
kalau meterial gmbar tu. nt aku blk kg aku terjah stor umah aku, nak aku cr nt aku sent kat ko, 
-Halim Tahir-