Tahu tak? Mulai tahun 2008 (tahun lepas le) sekolah kita tu dah mewujudkan dua kelas khas yang dinamakan kelas Rancangan Khas atau singkatannya RK. jadi, stu kelas RKA dan satu lagi namanya RKB.
Kelas RK ni bukannya kelas pemulihan ek! Kelas ini merupakan satu kelas khas yang diwujudkan untuk mengumpulkan anak-anak tempatan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peluang atau tidak mahu ke asrama penuh.
Kenapa ada RKA dan RKB?
Jawapannya:
Disebabkan PPD Kinta (kita dah ada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan yang terletak dalam kawasan SMK Kampar,Perak-khusus untuk Daerah Kinta Selatan) hanya membenarkan satu kelas RK diwujudkan, jadi RKA sahaja yang diiktiraf sebagai kelas Rancangan Khas dalam JPN Perak.Maksudnya pelajar-pelajar yang masuk dalam RKA ialah pelajar-pelajar yang dipilih oleh PPD Kinta Selatan.
Manakala pelajar-pelajar RKB dipilih oleh pihak sekolah.Alasannya, terdapat ramai pelajar yang cemerlang (terutama dari kaum Cina dan India) yang harus juga diberi peluang menikmati program-program kecemerlangan seperti pelajar asrama penuh. Cuma kemusykilannya ialah peruntukan JPN untuk kelas RKA adakah digunapakai juga untuk RKB? Kalau benar, macam tak adillah,kan. Pelajar-pelajar RKA dipilih khas oleh PPD tapi peruntukan digunapakai untuk dua kelas.Terpaksa berkongsi hak pulak.TAPI hal tersebut, hanya cikgu-cikgu SIS yang tahu.
Berbalik pasal RK tadi.Tujuan penubuhannya adalah supaya pelajar-pelajar cemerlang ini dapat dibantu ditingkatkan lagi prestasi walaupun tidak bersekolah di sekolah asrama. Banyak program khas yang diadakan untuk tujuan ini. Mereka ini mendapat layanan ala pelajar asrama penuh. Program motivasi, lawatan sambil belajar, kem di sekolah dan macam-macam lagi telah diadakan. Mungkin pada tahun pertama adalah kekurangan dari segi pengurusan.Tapi rasanya akan datang, sekolah akan meningkatkan lagi kualiti program.
Nak tahu? Anak saya Juliana juga dipilih masuk RKA. Disebabkan Juliana ni tak boleh lekang dengan saya (satu-satunya anak perempuan wei!), walaupun dia mendapat 5A tapi dia tidak mohon mana-mana sekolah asrama. Kecik lagi.Biarlah belajar di SIS. Lagipun emak dan ayahnya asalnya SIS jugak. Kira ok apa.
No comments:
Post a Comment