Dec 17, 2009

MINTAK MAAF BEBANYAK

Buat lima orang alumni yg dah mendaftar dalam kelab kita nih, minta maaf yek. Admin sibuk sesangat sampai tak terupdate blog nih.
Untuk makluman semua, ada alumni yg baru mendaftar.. Yusman (Alumni 1996), Mazliana (1986)-kak ana ni kalau ingat abang khairuiizahim rasanya kenal saya kot sebab dia rapat gak dengan abang saya tu.Aza Azlina (Alumni 1996) dan Sufian (Alumni 1987 &1988)(member lama ku) juga dah mendaftar. Terima kasih semua yang sudi memeriahkan blog kita nih.
So, lepas ni, jangan segan2 dan malu-malu nak kongsi cerita yek.Tapi emel kat alumnisisgopeng@gmail.com ye.
Buat Alim, co-manager blog ni, rajin-rajinlah jenguk blog nih dan hantar komen ek.

Sep 19, 2009

Cerita Alim

salam buat alumni n admin

harap semuanya sihat walafiat di samping mengerjakan ibadah posa..
terlebih nya aku nak ucapkan t/kasih kat admin ni..sb aku tau dia mmg byk bebeno komitmen yg lain selain dari buat menda ni...biar le menda ni sejok tp sekurang-kurangnya ada dari tiada langsung...aku tau ada alumni yg lain menerjah blog ni tp malu nak memberi coretan atau catitan peribadi...mungkin angap tak releven sb dia tgk yg ada pun bkn dari lapis dia (grop) atau ada setengah tu belum celek IT kot..sory ek 'siapa mkn terung dia dpt rasa ek'...
anyway ko admin jgn cepat putus asa, aku rasa ko kena lebihkan kretiviti ko tu...bkn shusah..ko copy n pes je dari blog ko tu..jadi kat lebih ump lagi...
ok le korang semua fikir2 kan le..tp jgn harap le blog ni nak ttup..., lps raya ni aku nak antar gambar2 lagi..ok..tgu..
Selamat hari Raya maaf zahir batin..buat semua alumni....

Sep 9, 2009

Blog yang sejuk?

Memang ada yang komen, blog ni sejuk je. mana tak sejuknya, yang menghangatkannya respon dari kekawan.ni jadi pemerhati je..buat pe.
Tadi dapat emel dari Pali.Katanya kemudian nanti baru ada gambar nak dipostkan dalam blog.
Bila teringat Pali teringat zaman sekolah dulu. Masa tu agaknya Form 4 kot. Waktu kelas terapung.Alah! Kelas yg tak ada kelas. Asyik bergerak amcam nomad ke kelas-kelas yang kosong.
Waktu tu ingat masa kat kelas Biologi kat Makmal Bio. tau kat mana pali sorok rokok? Kat dalam pen marker wei! Yang adik-adik jangan tiru ek! Lepas tu Pali asyik suka betul-betulkan rambut. Siap simpan rambut panjang.Jangan tak tau, budaks ekarang pun ada yang macam tu.Sebut pasal Pali, rambut panjang tu diselit dalam rambut.Dah tu guna penyepit. Nak tahu, budak lelaki yg pakai sepit hitam, siapa lagi kalau tak Pali. Dia tu dulu pengawas sekolah.AJK lagi.(SEbab smart kot)Hehehe! Tapi dia gak yg langgar peraturan.Ada gak sekali sekala time cikgu Add Math, admin, Pali dan Shida (3 org yg rapat masa tu) ponteng kelas tu dan syorok kat library.Sebabkan ketiga-tiga kami ni pengawas @pengganas sekolah...memang asyik terlepas je.Tapi ye pulak. Kalau masuk kelas cikgu Add Math macam gak tak masuk kelas tu. Dia bukannya peduli kat budak-budak Melayu. dah tu, apa yg dia cakap pun tak kami paham. tu pasal Add Math dapat toge.Hehehe!
K. Tu lah buat kali ini. Banyak gak kenangan manis masa Ting 4 dan 5 dulu.Tambah teringat kat Shamsul(agaknyalah) gemuk yg jual nasi lemak. Dengar cerita dia masuk TLDM.Dan ceritanya dia dah tak gemuk tapi mantappppp.Hehehe! Tak tau lah. tapi kelakarnya tentang dia ni, boleh lak ambik bunga cikgu Geog waktu hari guru dan bagi bunga kat admin.
Eh! panjang lagi lak ceritanya.stop dulu lah. nak berbuka nih.
Buat semua rakan-rakan Alumni SIS yg beragama Islam...Selamat Berpuasa dan Berbuka (walaupun terlambat) dan Selamat Berhari raya (biar awal sikit ucapannya takut lupa..)k

Sep 7, 2009

Reunion kecil

Asalamualaikum utk semua.



Maksud gua mlm raya tu reunion kecil kecilan mcm biasa la esoknya siang baru la mencekik sorry eh gurau je.

Gua perasan gak mcm tk byk respond r member yg lain bagi la cadangan mcmana nk bagi happening skt ok chow





Mohd Fazlee Yusof

Securiti Officer



PLO 109, Jalan Tengar

Tanjung Langsat Industrial Complex

81700 Pasir Gudang

Johor

Malaysia



' Phone (Gen) : +607 259 9333 | ( Phone (EXT) : 308| Ê Fax : +607 259 9222 | ÈMobile : +60197421711

E : m.fazlee_yusof@eew.com.my

W : www.eew-group.com

Sep 3, 2009

Emel dari member lama

Asalamualaikum sahabat semua?ni pali tak kan dah tak kenal kot mustahil gua skrg kt jb

Apa cite member yg lain?klu lu org smua nk tau malam raya nanti dtg lepak kt rumah gua kt kg pulai la ok

Insyallah raya kt jumpa ok chow.




Mohd Fazlee Yusof

Securiti Officer




PLO 109, Jalan Tengar

Tanjung Langsat Industrial Complex

81700 Pasir Gudang

Johor

Malaysia



' Phone (Gen) : +607 259 9333 | ( Phone (EXT) : 308| Ê Fax : +607 259 9222 | ÈMobile : +60197421711

E : m.fazlee_yusof@eew.com.my

W : www.eew-group.com

Jul 21, 2009

BERITA BUAT ALUMNI KETURUNAN RAWA

Untuk makluman semua alumni daripada keturunan Rawa, Sabtu ni 25hb JUlai bertempat di UPSI, Tg Malim akan diadakan Seminar Etnik Rao. Semua yang berekturunan Rawa di Malaysia dialu-alukan untuk hadir dalam seminar yang membincangkan tentang asal usul orang Rawa@Rao di malaysia. Mari beramai-ramai turun ke Tg Malim. Sokonglah Jalinan Rao Semalysia.Maklumat lanjut seperti di bawah:

Tarikh : 25 Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Auditorium Utama, UPSI

Yuran : Kategori
Yuran (Ringgit Malaysia)

Ahli : Percuma
Bukan Ahli : RM 20.00
Pelajar : RM 10.00

(Sila layari blog Sekondak hati utnuk maklumat lebih lanjut)

Jul 6, 2009

Assalamualaikum,

To admin n all alumni sis gopeng yg menjengok blog ni…



Baru ada kesempatan I nak jengok blog ni (sibuk tugas), anyway…baru tau admin p pasar jarang-jarang ek…(tu dalam fikiran dia, mesti kata I nak perly dia) tau dah…



I pun kalau balik kg. n ada masa p jugak pasar gopeng tu..bukan apa..sambil beli barang..mana tau terjumpa kawan2 lama kat situ..boleh gak Tanya khabar…tapi yang I selalu jumpa..geng sis yg berniaga kat situ..macam si Izam (nama dia Zamzury le) n adik kepada kak misah nama dia lupa le yang berniaga ikan, si zam berniaga ayam..memang izam part time kat situ tapi dia bekerja di sebuah sekolah di Lata Kijang (tolong cari tempat tu kalau tak tau) Izam kerja sebagai kerani je…tapi sembang tak jatuh macam dulu2 gak. (siapa tak kenal Izam) Dia ok.. tapi kekadang…malas nak cerita..siapa kenal tu faham2 je le…, memang dia jumpa bekas pelajar2 sis kat pasar tu…tapi dia buat tak reti je…nasib le kalau siapa tegur dia dulu dia layan le…mungkin dia dah tak cam korang kot…,



Amboi2 admin aku ni!…tu nak puji ke nak ngata aku…mentang2 aku ni dok kaki ronda2.. tp sambil I ronda I cari kawan lama..tapi memang perangai I, suka cari kawan2 lama.. suka Tanya khabar n kalau ada projek boleh tumpang sama… kalau pasal jaga tepi kain orang… dak kot, rugi kalau siapa tak jumpa I, sekurang2nya boleh lepak2 minum kopi ….he.he.he



I nak ucapkan tahniah kat si shida sebab dah bertugas kat kampong tapi bukan sekolah yang dia harapkan tu..tapi kira ok..le sebab dah dekat dengan rumah sendiri (sekolah di Lata Kijang) n tahniah juga sebab mengandung kali ketiga…(tak tau bersalin bila lak).. admin I ni ada projek tambah gak ke…(jgn marah)



Ok…puasa dah dekat.. I harap U all dah siap sedia dengan ibadat yg wajip bagi orang yang berkuasa… n my projek masa raya nanti nak ambil cuti raya.. (dah lama tak ambil cuti raya..I hope dapat cuti le) anyway to all alumni sis gopeng..nak jumpa I n my grop… tolong datang kat rumah si fazly kat kg pulai… I mesti ada kat rumah tu time raya, (tahun ni siapa jumpa I ada hadiah) macam tahun2 lepas.. mesti ada ole2 dari I, tak caya Tanya admin aku ni… anyway I hope dapat jumpa zela, shida (dia mungkin buat open house dekat rumah baru dia nanti kita orang terjah ok) din, deep, wari, kudus, pali, puji, pian, faizal, anja, ajoi, cik su ada lagi… sory kalau tak sebut nama… n kalau ada alumni sis yang lain… mai rumah pali…malam raya tu… (mungkin ada pertunjukkan bunga api kot.. tapi tak lama le… takut ke serbu nanti)



Ok… by jumpa di lain catitan pula (inshaallah)

Assalamualaikum…….



Halim CaveDiver Ipoh

May 25, 2009

Lagi cite mat rempit

hari2 ada ceta psl mat rempit..., lg beso le kpala dia org.., masa zmn temn dulu edak le di beso2kan isu ni.., lps teman abih sekolah lu...br dengo geng2 moto ni buat 'badting' guna awek bohsia..masa tu teman dah tak join...sb teman tak dak moto.., masa tu depa2 tu lepak kat ozborn (medan selera pdg knk2), mlm mingu mesti kat situ..., nak tgk lagi happyning masa mlm sambut kemerdekaan.., 
balik kepada siapa nak d persalahkan dlm hal ni...ofcos mak bapak...sbnya..mat2 rempit ni terdiri dr golongan remaja yg msh bersekolah @ tidak bersekolah dah.., di mana dia org dpt moto...kalu tak milik org tua @ yg di curi...sape yg patut pantau..., waktu mlm hari...patut kena ada time blk umah..ni tak..., ni satu hal mak bapak zaman la ni..anak dia org ni tak leh ditegur @ di lempang oleh jiran @ org kg...nt kena maki lak @ rpt polis...zaman teman lu...bonda teman ni siap bg 'chan' kat org2 kg teman kalu nak teman buat tak senonoh, belasah kat situ gak..., tp teman pun jahat gak..tp edak le sampai nak buat keja yg bkn2..., bonda teman sampai turut le kat mana teman lepak...kalu dah mlm tak blk umah..dia jerit satu kg nama teman.., korang bukan tak tau..spg pulai...punya le byk mat2 fit.., tu sb teman tau mn baik mana buruk..sb teman dah lalui zaman tu...,
 
kita balik ceta isu ni..., nak hpuskan mat2 rempit ni..teman rasa..boleh..tp take time le..caranya...
mansuhkan m/sikal berkuasa sederhana 150cc ke bawah.
jam 10 malam di larang m/sikal bkuasa 150cc ke bawah berada di atas jlnraya
jika mahkamah menjatuhkan kesalahan lumba haram, penjara mandatori @ yg sewaktu dgnnya...
perbanyakkan mini2 litar @ trek untuk dia org berlumba..., kecik pun tak pa janji blh berlumba..nak wili ...wekang..terblik tp kat dlm trek.., 
bykkan kejohanan cup prix..nt sng nak cr pelumba muda..
golongan media lak 'stop' ..jgn dok ceta psl depa lg..ceta yg positif lak..

teman rasa menda2 diatas insyallah blh bendong gejala2 ni..., umur mcm depa tu adalah umur @ zaman memberontak @ tgh mencari identiti. kalu meke yg membaca watikah teman ni.., yg ada anak umur dlm belasan thn..jaga2 le..tgk2 le.. sape kawan2.., mn tpt lepak.., p sekolah ke dak.., yg paling mustahak sekali.. kalu meke2 ni..yg ada anak jantan..bab merokok..mak oii..ni yg tak sedap..., dari merokok le..blh kenal menda2 lain.., bagi amaran kat depa kena tgkap hisap rokok..hukumannya kepala tu di rejam/rendam dlm kolah @ ikat kat tiang boh kerengge..., nak hisap rokok blh...tp dah abih sekolah & bekerja..tp kalu blh jgn.teman tulis ni, ikut kajian teman..bukan main hentam kromo je..teman dah join semua menda2 ni. Nawaitu teman..cuma satu...nak tgk @ rasa..apakah natijah disebalik menda2 ni..takda yg baik.., lagi satu...suruh anak2 meke tu..selalu ke surau @ mesjid..jd bilal ke tok siak kecik ke.., selalu bwk depa ziarah org meninggal dunia @ bantu org korek kubur..ada cetanya.. 

byk lg keja2 befaedah..selalu tny masalah depa..kalu ada rezki lbh..bwk ank2 ni jln2 mkn angin ke tpt2 yg mndtgkan pelajaran bg dia org , dgn cara ni..ank2 ni tau kita dkt dgn mereka.., 

kata org le..nak jaga 1 ank ppuan susah dari jaga 10 ank laki..., bkn susah..pantau je..& tegur secara baik..amik tau..apa masalah depa gak..., ( korang mesti kata kat teman..ala ckp mmg sng nak buat tu..)  

ani nt ko baca lu kalu tak sesuai..ko delet je..kalu ko rajin ko susun le ayat2 aku ni.. 

  

ok..nt kita bincang bab mat ragut lak..( isu panas gak) sb ada kkawan kita yg dah kena.. tak yah le teman bg tau sape.. 

  

ok by

dr Halim

p/s dari admin - pls kurangkan 'short-form' lain kali ek! Bukan apa, kalau BI pun diringkaskan,rasa tak sedap hati lak! faham-faham je lah. Admin kan cikgu BM, rasa tak syok gak biarkan.jgn marah ek!

May 21, 2009

Kisah Mat Rempit

salam 
wahai warga alumni sekelian, 
dah lama tak saya buat ceta2 kat dlm blog ni.., bkn apa ada sibuk ckit...biasa le.., sblm tu teman nak ucap tema ksh kat meke2 yg dah daftar dlm blog ni.. terutama buat yop dipang..korang nak tau..yop dipang (ahmad saufi) ni dulu satu koje dgn tpt teman..dulu edak le tau..sooo greh nya soo greh..bkas sekolah sis gopeng..nah..dunia ni kecik je..lps tu teman suroh dia buka blog ni n trs dia daftar..mmg klas yop dipang ni...(sekandang) tu mesti dia gelak..., yop dipang ni tgh dok cari no tel kawan baik dia masa di sis lu.nama kwan tu husni (tak silap teman) nama manja adik spg pulai..(dulu dok sblh umah je) dgr cetanya adik ni (teman pangil pak adik) dah bekerja @ sambung mengaji di astrualia... nt le yop kalu teman blk ke spg pulai teman mtak kat fmly pak adik.., buat kekawan yg blm dftar tu ... buat bodoh pun tak pa..,
 
ni teman nak ceta bab isu semasa mcm masalah mat rem-piz,
masalah ni takan selesai selagi kerajaan msih mengeluarkan motosikal berkuasa 150cc kebawah..sb nya.. m/sikal ni mmg mudah dikendalikan dan dibeli serta di curi..contohnya golongan mat rem-pit ni guna m/sikal jenis yamaha rxz dan ex5 @ sewaktu dgn nya..
satu lagi...golongan ni mmg takkan abih...sbnya teman pun dulu dlm golongan ni gak...dah smpai umur.. depa berundur...sebagai contoh pelumba cup pric..si wazi..uri..shahrol..ada 2/3 org yg teman tak rpt.. tgk sape yg ganti lak lps kami..mmg ada tp teman tak follow dah.kalu tak caya tny geng2 gunong rapat.., kami dulu siap kolek duit $3/- seorg..lps tu..lumba dgn bdk cina ipoh..starting kat trafc light jln azlan shah (tiger line) sampai ke trfis light STAR.., selalu nya kami kalah.., tgk lps kami berundur ada lapis baru..tp depa ni lg agrsif..siap..wili n wekang..kami dulu guna..yamaha 100 sport.., 
byk lagi nak ceta ni...keja lak..nanti sambung blk..ok 
salam dari 
halim the diver  

ISU RAGUT

Salam sejahtera wahai alumni sis gopeng, 

  

Kali ini kita nak bincangkan isu jenayah rajuk…silap ragut!! 

Byk dari kita ni..tak blh banding peragut (snatcher) ngan penyamun (mugging) meke semua kata sama je..mmg sama depa tu pnjenayah..tp kalu..pebuatan berlainan.. 

  

Ragut:- 

Adalah org yg mencuri / meragut brg yg blh dialeh seperti beg @ sewaktu dgn nya (dulu kes ni di bawah seksyen 379 kanun keseksaan, oleh kerana sek. ni amat ringan hukuman nya, baru di pinda ke sek 392 KK (samun). Oleh yg demikian blh le pihak mahkamah menjatuhkan hukuman yg berat terhadap pesalah ragut. Setelah isu in bangkit di parlimen. 

  

Golongan peragut:- 

Dalam kajian teman 99% peragut adalah mat gian (penagih tegar), 1% geng2 penjenayah yg biasa2 je.., teman tak bersetuju ada setengah pihak kata, mat ragut ni byk dlm golongan mat rempit..bukan takada..ada tp..fakta menunjukkan mat rempit ni bkn takdak duit..depa p meragut.. lbh baik p mencuri… 

  

Teman prh jumpa mat ragut ni ( seorg lelaki singh ) badan kurus melidi, dgn mengunakan m/sikal @ bjln kaki mencari mangsa yg leka.., dia sbnrnya gian dadah jenis heroin..dan hilang pertimbangan jika gian sampai..dan tak kira mangsa kecil ke besar tp mesti pilih ppuan. Barang pulak tak kira..apa yg ada pd mangsa baik rantai leher @ beg galas. Balik ceta laki singh ni..dia buat keja ni selama 4 bulan dan mangsa lbh kurang 30 orang.., m/sikal yg digunakan jenis skuter..dari sg petani hingga ke b’worth..cari sasaran.., kesemua hasil ragut dia beli dadah…, tetapi dia tidak menggunakan kekerasan seperti mengacu pisau..dia pura2 tanya kat mangsa dan usha brg kemas yg mangsa pakai ketika itu. Setelah berjaya ragut..hasil barangan tersebut dia jual pada tokan2 @ pembeli brg kemas. 

  

Dlm soal ni..sape nak d slhkan…peragut @ mangsa…? (kalu blh pendapat meke2) 

Peragut mmg dah keja dia..kesempitan hidup… 

 Mangsa….leka @ cuai @ suka tunjuk2. 

  

Bg teman…kita ni manusia kkdg ada terleka dgn menda2 mcm ni..oleh yg dmikian..was pada…, waspada le makcik2 kalu ada yg datang ke rumah nak tumpang tny.., tgk mata dia org tu..kalu liar je..tu le org nya..peragut, jgn bg ank2 kecik pakai emas d rantai leher @ tngn.., bila naik m/sikal tu letak beg yg berisi duit dlm raga dan ditutup dgn menda lain.., bila klr dr bank..tgk lu kiri dan kanan, sape yg berdiri kat pintu luar bank tu..kalu ada yg berdiri lama n mencurigakan..meka ikut le org yg hendak klr sama (bersaing le).. kalu kat mesin ATM..jgn bg org tgk kita msuk duit dlm beg..n lps tu terus msuk keta trs lock pintu keta lu..tp blh ckp je..kkdg lupa gak..jgn jln kaki tpt2 sunyi..(tgk mcm kawan kita kena tu..) fobia kan…, yg penting sekali jgn leka..  

  

Hukuman bg peragut…, 

Kalu dah mangsa mati atas kejadian tersebut maka jadi le kes bunuh..seksyen 302 KK tu le jd pertaruhan keatas peragut…kalu dak…mangsa edup dan peragut berjaya di berkas..rasa2 kalu dipenjara saja tak cukup..mau di rotan di betis n di pungong ( 1 kes 3 rotan).. 

  

Rasa nya cukup je lu teman nya discussion.., kalu ada pendapat lain, tlg perbetulkan.. 

  

SALAM DARI 

  

halim the cave diver

Junior kita mendaftar wei!

Terima kasih Megat Zairul NIzam sebab mendaftar jadi ahli. Tentang gambar tu belum sempat nak g blog anda tapi insyaallah nanti admin jenguk. nak tenguk gak sapa orangnya si Megat ni. Ok kalau ada cerita nak dikongsikan bersama ,boleh lah emel admin kat emel alumnisisgopeng @gmail.com.k

May 12, 2009

Otai 1981 jadi ahli

Untuk makluman semua, otai 1981 dah mendaftar. En.Ahmad Safri bin Kamarudin.Sapa-asap nak contact En Safri, boleh lah jenguk bahagaian daftar keahlian.k

Apr 22, 2009

Selamat mendaftar En Nain

Ada ahli baru mendaftar. Namanya Zolkhornain bin Buyong atau Nain. Boleh lah jenguk blog daftar keahlian untuk tengok info En. Nain. Mungkin kawan-kawan lama boleh menghubunginya. bolehlah eratkan kembali siratulrahim.Thanks En Nain. Terima aksih kerana sudi jadi ahli Group Alumni ni.Senior admin rupanya. Kenal abang admin tak.Khairul (tapi junior En. Nain la-alumni 1985).

Admin cadang nak buat email group untuk group Alumni SISGopeng. Tapi tunggu admin tak sibuk. Doakan yek. Nanti bolehlah kita berchat menerusi email.K

Apr 13, 2009

Ahli baru mendaftar

Ha....selepas dijolok baru ada ahli baru mendaftar. Panggilan namanya Deep. Tapi tak lak nama penuhnya. Tak taulah sama ada Gurdeep, Jagdeep ke? Hehehe! Sorry Deep. Main-main je. Tapi betul-betul admin tak tau nama penuh Deep. Anyway, welcome to the club. Dengar cerita Deep nak promote cuti-cuti Malaysia. Kira oklah.Tambah lagi kalau ada special diskaun. Apa lagi Deep?Hantarlah infonya kat admin.k

Apr 4, 2009

ADMIN SENYAP SEBAB SIBUK TAPI ALUMNI SENYAP APAHAL LAK?

Sampai bulan 4, admin memanjang sibuk.Lepas satu projek ke satu projek.Eh ! Silap. Sebetulnya belumpun selesai satu projek datang 3 /4 projek lagi. Ni dalam bulan 4, dah ada sampai 3 contest nak disettlekan.tu tak termasuk tugas pentadbiran lagi.Ingat kerja cikgu ni senang apa. Kalau fokus pada mengajar, cikgu lah paling seronok dalam dunia. keduanya tentunya murid sebab pastinya P&P boleh buat paling menarik dan paling canggih. Sure tak bosan punya. Ini tak. mana nak sediakan alat bantu mengajar best-best sangat.Masa free, (time tak de kelas) buat tugasan pengkeranian- key in data, kemaskini fail, tulis minit mesyuarat, buat laporan dan macam-macam lagi. nampak kerja cikgu senang. yang orang lain cemburu sebab cikgu banyak cuti.tapi tak tahu yang time cuti pun cikgu kena buat kerja. kena gak pergi sekolah.Time ni pun admin tengah key in data murid dalam data maklumat murid.Kerja yang dibawa balik.Letih tenguk data tu yang jenguk kat blog ni. Kesian kat blog ni.Memang senyap sejak beberapa bulan.

Tapi tu lah.tak kan admin je yang nak bercerita. Kalau camtu baik admin buat blog tentang diri sendiri. kan blog ni untuk alumni sisgopeng-untuk kongsi cerita masing-masing.tapi kecewanya yang dah daftar jadi ahlipun macam tak berminat nak kongsi cerita. kalau ak ada cerita mana blog ni nak masuk list dalam search engine.

Admin bukan apa, tanpa alumni yang lain, mana nak meriah blog ni. Hari-hari admin check email tapi tak de juga post dari alumni lain. yang ada spam-iklan dari amcam2 syarikat.

Oklah. admin nak sambung kerja.Chow.

p/s SIS la ni dapat penegtua baru-perempuan.dengar cerita cerewet tapi tak tahulah betul ke tak.

Mar 3, 2009

Cerita alim

Ini slide yang Alim -Alumni 1987 nak share bersama kita.

Feb 25, 2009

Ahli baru mendaftar

Otai SIS Gopeng baru je mendaftar. Alumni tahun 1972. Terima kasih kerana sudi join Alumni SIS Gopeng.Moga kawan-kawan Dato turut sama sudi join group kita ni.

Nama : Md Arif bin Abdullah

Nama Panggilan : Dato

Maklumat Dato boleh rakan-rakan Dato dapati daripada admin.

Feb 17, 2009

Lagi Alumni mendaftar

Shahril bin Abd Aziz (Aril) Alumni 1992 dari kelas 5A2,baru sahaja mendaftar menjadi ahli Alumni SISGopeng. Thanks Aril. Ini mesti geng Adik ni. Kalau ada sesiapa nak menghubungi Aril, bolehlah emel admin. Sebab  alamat dan no telefonnya hanya untuk makluman admin dan kekawannya aje.

Admin harap Aril sudi menghantar gambar atau cerita-cerita semasa sekolaha tau perkembangannya sekarang.

Well, Aril...welcome to the club

Feb 14, 2009

Daftar keahlian

Ni nak bagi tahu.Kalau nak daftar keahlian, kena masuklah ke dalam blog Daftar Keahlian dan hantar maklumat kat emel daftarkeahlian@gmail.com. Blog ni khas untuk cerita-cerita alumni dan berita terkini tentang sekolah SIS Gopeng.

Admin dimaklumkan yang seorang alumni kita telah hantar maklumat tapi tak tau lah ke emel mana sebab admin tak dapat emel tu, baik kat emel alumnisisgopeng@gmail.com mahupun kat emel daftar keahlian@gmail.com. Admin diberitahu bahawa asri marah-marah sebab admin belum lagi masukkan maklumat dia. Sorry yek Asri. Bukan kesalahan admin. Miscommunication je.

So, hari ini Halim hantar emel dengan maklumat dari Asri ke emel alumnisisgopeng@gmail. Admin tak masukkan maklumat itu di sini sebab admin daftarkan ke blog daftar keahlian. Sebabnya, admin nak mudahkan kalau kekawan nak cari member-member lama ikut entri nama dan tahun.Itu sebab admin asingkan antara cerita alumni dengan maklumat alumni.Kalau masukkan kat sini, untuk akan datang mungkin susah (sekarang mungkin senang sebab tak banyak post.kalau nanti banyak post ,susah pulak nak cari maklumat kawan)nak kena tengok dan bukak post-post lama .

so harap faham yek.Sini hanya untuk cerita-cerita Alumni dulu dan sekarang. Daftar ke emel daftar keahlian.Lagipun senang sikit admin nak masukkan dalam blog.Kalau hantar ke emel alumnisisgopeng@gmail.com, ada susah sikit. Harap beri kerjasama ok.

Anyway, thanks Asri sebab sudi mendaftar jadi Alumni SISGopeng. So sapa-sapa nak maklumat Asri dan nak contact asri, klik ke Daftar Keahlian Alumni SIS Gopeng.

Feb 1, 2009

Alumni mendaftar menjadi ahli

Untuk makluman semua, Hisham Hamzan (Alumni 1987), Hasniwati Khairuddin(Alumni 1992) dan Roshita Sowkkat Ali(1987)  telahpun mendaftar dalam blog ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut atau ingin menghubungi mereka sila klik ke ruangan Alumni Sis Gopeng.

Jan 27, 2009

Jumpa member lama

salam geng!!
 
mula sekali nak ucapkan 'kong hi fatt choy' kat bbudak cina sis, yg redah blog ni, mcm ah san, sory ah sun wa 'pai se' sama lu, sy tak dpt blk gopeng jumpa u sb i duty laa. any way korang semua enjoy dkt kampung halaman sendiri (mmg best kan)
 
ni ceta i jmpa rosmadi.
pada 7/1/09 i ada projek (tugas) kat satu kawasan hutan d daerah sik, kedah (time ni ani kutok aku sb aku dok dlm hutan lama sgt) sabo je le.., kawasan tu lbh krg 84km dr bandaraya a/setar. lps buat flashing kat kawasan tu, i teringat kat madi @ rosmadi, (kapten sepak takraw sis 87) tingkatan 5A1, (1 klas ngan jo kan) jd i call dia sb madi ada bagi tau sy thn lps... dia kata nak berubat kat kawasan parit panjang, baling, kedah. masa tu bila i call, tak jwp. ok, esok nya i call lagi baru dia jwp, dia kata dia baru sampai di parit pjg tu. 
masa i jumpa dia thn lps dia bagi tau, tujuan dia ke parit pjg (sekolah pondok) untuk proses berubat secara islam (dia kena strok) agak terok gak sb doktor kata dia 50-50 blh edup, sb strok tu serang dlm otak dia, jd otak bhg. program dia jd slow. nak ingatkan satu2 benda tu lambat dan blh jd sawan tarik... kesiankan..
raya 07.. i ngan pali sempat jumpa dia kat umah abg dia kat gopeng..abg dia pun bkas sis dah jd cikgu pun tp tak ingat kat mana. 
ok smbung ceta.., i call dia, cfom kan tampat dia dok kat sokolah pondok kat parit pjg tu, mmg i tau tmpat tu tp tak prnah masuk ke dalam, jarak dari jln beso ke tempat tu lbh kureng 500 meter je. sblm sampai tpt madi tu.. i singah beli barang2 kering mcm serbuk kopi, gula, susu, magi, roti, biskut utk di bagi kat madi. i pun sampai kat kawasan sekolah pondok tu.. i tgk keadaan pondok2 tpt pelajar2 tingai... nak ceta pun tak sampai hati..apa lagi nak ambik gbr...kat cni i blh bagi tau u org.. pondok depa tingai tu lbh kurang pondok kebun org tungu durian luruh mcm kat kebun durian jahang, tp tmpat belajar ok le..disitu i jumpa mcm2 org, ada yg dtg dari KL dan seluruh semnajung la dari usia 10thn hingga 40thn, kemudian i jmpa satu budak.. umur dlm 11thn.. i tanya dia dtg dari mana, dari tmn cempaka ipoh, lalu tnyakan madi, kat situ madi dikenali dgn nama panggilan sheikh ipoh (sakit strok).
kemudian adik tu bawa i jlan kaki ikut celah2 pondok depa tu, saiz pondok 12kaki X 12 kaki, celok nya celok baru jumpa pondok madi.. kat situ madi (rambut pun baru cukur je)sedang berbual dgn 3 org kenalan dia. ok gak tgk dia masa tu, percakapan pun dah lancar.. tp tgk ayer muka dia...., ceria tp dlm sape yg tau..., i tgk pondok dia, kira ok gak le... sb ada bekalan karen, ilik ayer pun dkt je... n i sempat jengok h/p dia tgh cas kat dinding pondok. i pun tnya khbar, dia kata dah byk ok.... tp tak blh byk fikir...., 
ceta ni bkn tujuan nak memburuk2 kisah kawan2. mulanya jauh di sudut hati sy utk menceritakan menda ni tp semua atas dasar persahabatan, (sbab2 dia kena strok tu, biar le dia sendiri yg ceta kat korang, bila ada kesempatan yg jumpa dia nt) d stoy mkin ada kawan2 baik dia yg lain tak tau dia jd mcm ni..., lbh2 lg bukan dia nak jd mcm ni tp dah tersurat. 
dia sempat bergurau ngan sy kat situ.. mkin nak elangkan rsa sdih dia, sblm balik sy ingatkan dia jaga kesihatan sama, dan call kalu ada prolem.... sb tpt tu jauh gak, kalu dkt mkin sy lepak kat situ je..( nt kalu i ada simpan gmbar2 lama kat sis ngan madi, i bagi u all tgk.. gbar terbaru kalu ada pun i pos kan kat blog ni 
  

ok my frend... jmpa lagi...by

-Halim Tahir (Alumni 1987)-

Jan 22, 2009

KOLEKSI GAMBAR HARI RAYA DENGAN GENG SIS

        


     

Dihantar oleh Halim Tahir (Alumni 1987)

Jan 10, 2009

LAGU SEKOLAH (NYANYIAN ALUMNI)

Ini lagu sekolah yang dihantar oleh Halim Tahir (Alumni 1987). Tak tahulah camna lagunya sebab admin tak dapat dengar dulu (speaker Admin rosak). So, kalau ada  dengar berilah komen ek!

Klik kat LAGU SEKOLAH 

Lepas tu bila keluar paparan klik OPEN (tak perlu save tapi kalau nak save pun tak pa)) dan anda akan dengar suara Halim nyanyikan lagu sekolah.

(Kalau tak dapat dengar maklumkan pada Admin yek.)

Jan 9, 2009

Majalah Sekolah dan Kenangan Lama

Hari sibuk nak prepare meeting Majalah Sekolah untuk minggu hadapan.Masa sibuk-sibuk teringat pulak zaman sekolah kat SIS dulu.

Saya memang jadi AJK Sidang Redaksi. Kenangan manis waktu kat sekolah.Pusat sumber lah 'pot' kami membuat kerja-kerja redaksi. Ada yang menggunting gambar, ada yang jadi tukang gam dan ada juga tukang lawak (bukannya buat kerja tapi kawan-kawan tak kisah kerana seronok sampai tak kisah buat kerja). Masa tu lah peluang menatap gambar cik abang yang waktu tu masuk kadet tentera sekolah. Si Pali lah yang jadi tukang tayang gambar budak-budak kadet pergi perkhemahan.Masa tu (kalau tak silap), budak kadet dapat satu page penuh majalah untuk masukkan laporan dan gambar aktiviti mereka.

Dalam masa buat kerja, wujud jugak peluang bersembang-sembang. Teringat pulak pada Cicit ( Sorry ek.Tak ingat lak nama penuhnya). Gara-gara berbual dan buat kerja bersama-sama, dah kena gossip.Pulak! Kat SIS pun banyak wartawan hiburan gak.Jangan tak tau.Cicit sekarang pulak entah ke mana. Dengar cerita dulu, dia dah jadi cikgu.tapi tak tau lah.
Bila terkenang-kenang cerita lama, tersengih sendiri. Mana tidaknya. Teringatkan telatah kawan-kawan- Shidah, Pidah,Yan,Pali, Man, Sham.....sorry ramai lagi yang dah tak ingat.
Sebut pasal majalah sekolah ni, hari tu waktu majlis pelancaran kelas RK kat SIS, majalah-majalah lama ditayangkan untuk tatapan mak bapak bebudak RK. Geng oi! Gambar batch 1987 masih ada tau.Saya dan Joe gelak besar tengok gambar lama kami berdua dan gambar-gambar member.Alahai! La eh nya!
Masa tu juga baca balik cerpen saya yang dapat nombor satu dalam Pertandingan Menulis Cerpen sekolah, tersengih melihat kembali coretan zaman sekolah.Waktu hati mula terpaut pada sang teruna.Hehehe!Tapi sungguh, masa tu tak bercintapun.Memang kawan je. Masa sekolah wei! Mana boleh main cinta, tapi main mata tak pa la!Hehehe!.
Teringat lak pada Kak Lily. Kak Lily memang banyak simpan rahsia. Kakak yang paling sporting dalam dunia.Masa tu gak yang jadi kawan rapat tu, salah seorangnya si Alim tu lah.Kapten Hoki sekolah.Tapi hanya dia jugak yang tinggal masih jadi best friend saya dan masih contact saya. yang lain...entah.Hilang ke mana. Tu pasal blog ni diwujudkan.Nak menyambung silaturahim yang terputus.
La ni teringat pulak kat 'abang pilot'. Ila, Noni, Pidah, Shidah, Yan .....ingat tak pada abang pilot.Hehehe! rahsia kami masa Tingkatan 5 dulu. Sweet seventeen katakan.Bila teringat pasal tu, memang geli hati. Kenangan manis zaman sekolah memang tak dapat dilupakan.
Tu la tadi sebut pasal majalah, ni dah terkenang-kenang kisah lama. La ni, tak sangka pulak Jadi Editor Majalah Sekolah. Orang lain lak kena dengar arahan saya.Hehehe!Kalau zaman bebudak dulu mampu hasilkan majalah yang berkualiti yang jadi kenangan hasil kerja bersama-sama kawan, la ni insyaallah saya akan hasilkan yang terbaik berkat sokongan ketua pentadbir sekolah. Ok Arios buat kali ini.
Anak sapa ni?
Hehehe! Anak Ani dan Joe la!

Jan 8, 2009

KISAH TSUNAMI DAN ALUMNI SIS GOPENG

             


     
My frend ex sis!!
nah! aku nak kongsikan dgn korang ceta di kala tsunami melanda di kawasan aku pada tahun 2004, dah 4 tahun berlalu tp mcm baru je lps berlalu, dulu bkn taknak ceta tp tak kesempatan.
 
Ni aku nak bagi date yg betoi jd tu.. 26/12/04, time tu aku keja mcm biasa (s/by 24 jam di pej), jam di dinding pej, menunjukkan jam 10 pagi. Kemudian aku dpt panggilan dari seorang kawan dari penang nak ke langkawi, jd aku bantu kawan ni dptkan kereta sewa di sana. Dlm pukul 11 pagi aku pun tel, kawan ni, dia bilang dia baru je belepas menaiki fery dr jety k/kedah ke langkawi, 
 
Dlm jam 12 -1 t/hari.. (lupa gak) aku relax kat dlm pej. ak rasa ape2 pun.. tiba2 geng yg diatas pej turun berderu, kata bgunan bgoyang.
tel bedering aku jwp.. rupa nya panggilan tu dari bilik gerakan dan panggilan tu bertanya ada apa2 berlaku ke, aku jwp, depa kat atas lari turun.. npk antu kot....
Kemudian kawan aku yg berada di langkawi td antar mesej selamat sampai.
 
aku teringatkan sahabat kat penang dan aku tel. kawan ni dan dia kata umahnya kat penang bergoyang. Dia pun bertanya mcmmana keadaan tpt aku, aku bilang ok je...
 
aku pun tgu... nah nak d pendekkan ceta.. (jam 4 petang) siaran di tv pun menceritakan hal sebenar..kemudian aku pun tel si kawan aku kat langkawi tadi.. dia kata takada apa2 belaku tgh laut tadi. 
 
aku pun tel kkawan2 aku yg keja nelayan kat kota kuala muda, ada yg termengah2 ckp dgn aku..tak payah aku cetakan saat depa masa tu..sedih..(nt aku bg korang tgk gmbar realnya, sb aku dpt rakam gambar selepas kejadian melanda sebelum wartawan masuk)
 
kami pun dpt bercakap ckit2 je dgn kkwan kat kota kuala muda tu.. dan aku suruh depa bersabar, tngu aku sampai nt.. (mcm superman)
 
Hari yg sama, jam 7 ptg aku sampai kat pekan kuala muda bersama team aku, memang suasana kelam kabut, ada yg berkaki ayam, badan pnh lumpur, anak menangis, mcm2 lg. kenderaan kami dpt msk sampai ke spg tiga kg kuala ( tpt ni tpt aku lepak dulu dgn org2 kg) aku tgk kedai mkn yg aku lepak tu hilang/gaib, ada rumah batu yg terputus dua, kenderaan tersangkut kat pokok bertendih dgn satu sama lain, sedih......nya termasuk kereta kawan aku, ked.
 
aku ngan team kami ditugaskan mjaga harta benda org kg. aku pun ronda sampai tempat naik ikan (kuala) tpt org bisik ikan. peraih bisik ikan dgn nelayan (tpt lain tak jmpanya stail mcm ni)

           

subhanaallah!! korang tgk le gambar yg aku kirimkan ni.. dlm hati kecik ni mcm2 dok ingat..., dlm gelap samar-samar dek lampu suluh aku, aku pun tergerak nak ke pantai, (jarak pantai dgn jalnraya 10 meter je) dalam gelap tu aku nampak banyak ikan mati terdampar, mcm2 jenis ikan tp yg banyaknya ikan duri. sebelum ni ada aku bersembang dgn kenalan aku di kampung tu psl kejadian pelik ni, depa kata ada 2 ombak berlaku selang antara 1 @ 2 jam, tapi org kg tak perasan, ombak tsunami yg pertama tu byk ikan yg fening sb ombak yg mai bergulung dgn lumpur, tu yg laut jadi surut jauh, apa lagi kaum2 tu guna tangan je tangkap ikan sbab ikan tu mabok.

dan bila mai ombak kedua, ada 2-3 orang tak sempat nak patah balik ke pantai sebab dah jauh, korang bayangkan, ada satu alat di tengah laut tu, yang di pacak di tengah laut untuk menjadi pedoman pelaut. Tiang tu setinggi tiang lampu jalan, dicatkan berbelang merah dan putih, jadi ada satu hamba allah ni nampak ada orang berhampiran tiang tu masa ombak sampai, dari pantai nampak ombak kali kedua tu setinggi tiang tadi menghempas orang yg berada di tiang tadi. masa tu ada yg bergayung pada pokok, naik bumbung kereta, naik atas rumah. Dalam celah2 tu ada pulak di 2 buah rumah kg sedang mengadakan kenduri kawin, apa lagi abis periuk belanga, nasi kawah dihanyutkan ombak tadi, gambar tu kan nampak banyak kereta sebab kg tu bukannya ada banyak kereta jd kereta2 tu tetamu yg datang ke kenduri kawin tu le... ok habis bab ni..

     


      

masa aku berjalan di tepi pantai sambil menyuluh2 kawasan semak pantai, tiba2 aku tersuluh sekujur tubuh, cfom mayat (dlm foto aku tu), kemudian aku bagi tau org kg, org yg di hempas ombak td mungkin mayat ni. Rupanya masa tu arwah dok kutip ikan sb ayer laut surut jauh kata kawan aku ishak, depa npk arwah ni telah di hempas oleh ombak setinggi pokok nyoir. korang tgk mayat arwah senyum je...kami pun angkat mayat dan serah pada pihak hospital. Kemudian kami menyambung tugas dan dikerahkan menjaga kawasan tersebut.

 
tak dpt nak lelapkan mata sb agas n nyamuk byk. sampai cerah baru rasa tenang. pagi tu baru tgk sepuas2nya. kawasan sepanjang kg kuala n kg sg yu sehingga pulau sayak di landa ombak tsunami, masa tu tak tgk tv tpt2 yg lain dilanda malapetaka yg sama, ingatkan kat kota kuala muda sahaja yg dilanda musibah (ada pakcik berkata lintasan ombak tersebut dipercayai datang dari arah laut andaman).
 
pagi tu mcm2 ajensi sampai. nak ceta ckit bab emosi org2 kg yg kena musibah mcm ni atau pun kes bkt antarabangsa baru2 ni. sape2 pun blh cerita @ komen psl kejadian allah ni tp jgn sesekali bercakap dihadapan dgn mangsa2 mcm ni. mereka ni cpt marah dan dlm keadaan bercelaru) 

     


      

mcm kenalan aku kat kg ni, nama dia pak eil. rumah dia hilang sekelip mata, kereta terpelanting ke paya nipah belakang rumah. tiba2 datang 2-3 org bomba p pecahkan tingkap kenderaan yg berada di hadapan aku n pak eil. (sory sham bukan team hang) ape lg pak eil pegang parang n mhala ke kumpulan ahli bomba td n berteriak 'apa hal korang p pecah cermin kereta tu', lalu jwp slh sorg dari ahli bomba td, nak tgk kut2 ada mangsa. kalau ikut hati mmg salah le perkiraan bomba tu, tak payah pecah cermin tgkap, tgk dgn baik2 pun npk. oleh kerana mereka nampak pak eil naik angin, geng bomba tadi pun berundur, Kemudian pak eil tgk aku angkat tangan tnda sudah, dia pun mghampiri aku dan berkata 'alim, hang tengok, hang tengok, bukan aku marah tp patut ke depa buat mcm tu, aku ni prnah hanyut terapung 18 jam kat tgh laut sb bot terbalik, tak pernah aku buat mcm ni (sifat marahnya) tp hang tgk sendiri, aku bkn nak puji hang, hang sangup jaga barang kami, mai depa ni senang2 p pecah, kami dah takdak menda lain" korang bayangkan.betapa sedih jd mcm ni, tp bukan di minta ini sudah takdir. 

           

pengalaman ni mmg tak boleh di jual beli, dah 4 thn berlalu tapi msh di ingatan aku, depa yg terlibat, hanya tuhan yg tau hati n naluri depa ketika itu. 
 
sekarang mangsa2 tsunami kat kg ni dah terbela, kerajaan dah bagi rumah yg selesa, korang semua kalau mai kawasan kedah @ penang bolah p tgk, kawasan dah jd padang jarak padang terkukur dan boleh lihat perkampungan baru mangsa tsunami. 

 

banyak perkara yg blh kita ambil iktibar. sama2 kita renungkan.


 

halim t diver. 

(Alumni 1987)

Jan 7, 2009

Mai lah join wahai Alumni SIS Gopeng!

Sham (Alumni 1987) baru semalam 'join the club' (Untuk melihat maklumat Sham, sila klik ke ruangan daftar keahlian).Thank, Sham kerana beri sokongan pada projek baru aku dan Alim mengumpulkan kawan-kawan lama. Tapi mana gambarnya?Teringin gak tengok gambar baru.Yang ada dalam fikiran hanya Sham yang lama.Kalau terjumpa kat mana-mana, jangan marah ye kalau tak tegur.Bukan apa, kekadang tu rupa kekawan dah berubah.Mana nak kenalnya.

Minggu lepas (kalau tak silap la), terjumpa Charlie (ingat lagi ke Shaharizala-anak bomba yang sekarang dah jadi bomba gak tu?) Yang kenal tentunya geng Alumni 1987. Maa tu tak dan nak sembang lama. Dia baru sampai ,saya dan Joe pulak dah nak balik.Teringin gak nak maklumkan pada dia pasal blog ni tapi tak sempat.Nak kata macam mana tak ada rezeki.

Tadi baru post cerita Ila .(Alumni 1987.Thanks Ila for your post dan atas sokongan yang diberi. tapi mana Shidahnya.Mana Pidahnya dan yang lain-lain. Si Noni pulak apa cerita?Wei! Geng , cepatlah join. Semua tu Alumni 1987.Cepatlah hantar cerita dan berita.Begitu juga senoir dan junior saya yang lain. Marilah kita meriahkan blog ni dengan cerita-cerita kita. Ada rezeki boleh lah kita buat gathering semua Alumni.Kan seronok.

Selepas 2 Dekad...

1998 – 2008 (20 tahun). Now kita di tahun baru 2009. Dah 20 tahun kita meninggalkan S.I.S. So many things have happened. Nak memulakan cerita ceriti diri nie, hmm nak start kat mana ek.

Seringkasnya – after form 5, saye sambung study to form 6 (kat Raja Chulan, Ipoh).

Then off to UiTM , sambung study amik Mass Communication and majoring dalam Broadcasting.

Alhamdullillah now dah kerja for 14 years in the Broadcasting Industry. Ala kerja-kerja di belakang tabir.

So ..... this is me now ! he he. . Tengah dok cari gambar lama masa form 5 dulu, ada kat umah mak di Gopeng. Balik nanti boleh selongkar gerobok buku.

-dikirim oleh Norazila Hashim(Ila) Alumni 1987

Jan 4, 2009

GAMBAR ALUMNI

Semalam si Alim bengang kat saya pasal gambar dia tak de dalam profil alumni.Hehehe! Tau, dia kata dah emel tapi hilang tengah perjalanan kot. Dari hutan nun, dia sms saya.Tengah syok saya tidur lak tu.Tapi tak ngaku 'jaki' tenguk gambar saya dan Joe.

Ala!Saya bukan saja nak tayang muka tapi nak bagi semangat kat alumni yang lain.Meh lah geng! Kongi gambar dan kongsi cerita. Ini kan ada peluang.kalau tak nak saya asyik dengan cerita saya,cepat-cepat lah hantar cerita 'korang' pulak.Saya bukan apa, tak nak blog ni kosong je.Tu yang masukkan saja tulisan. Ni pun nak cari banyak info tentang SIS. Tentang itu tak susah sangat. i Mas anak Cikgu Bakar mengajar di situ. Kita ada alumni yang jadi staff SIS.Kira ok lah.

Bagi Alim, hang bukan ke admin ke-2 blog ni.lagi senang. pakai 'remote control je'. Tup-tup saya dah add.

Jan 3, 2009

SUMBANGAN ANDA PADA SEKOLAH

Sebagai alumni SIS Gopeng, pernahkah kita memberikan apa-apa sumbangan kepada sekolah? tak tahulah anda tapi saya tak pernah lagi, selain SUMBANGAN ANAK! Hehehe!Itupun pinjam je!

But seriusly! Ramai yang mungkin tak pernah terfikir atau tak tahu macamana nak bantu sekolah. tak cemburu ke tengok alumni sekolah lain begitu hebat kerana berjaya bergabung dan memberi sumbangan yang besar pada sekolah masing-masing.Kita?

Saya rasa nak adakan aktiviti-aktiviti tertentu untuk tujuan ini pada masa akan datang. Perancangan saya boleh uruskan tapi pelaksanaan perlu kerjasama dan bantuan alumni lain. Bersatu teguh bercerai roboh geng!

Kalau kita bergabung, adanyanya usahasama, saya yakin kita boleh juga memberi sumbangan kepada sekolah. Tak kiralah sama ada dalam bentuk wang, tenaga, program dan sebagainya. Kadang-kadang orang berat nak keluar wang,tak pa. Keluar tenaga, bantulah kalau ada apa-apa program yang akan kami jalankan. Bantuan dan sumbangan tak semestinya dalam bentuk wang. Beri idea dan cadangan pun sumbangan jugak. tapi kalau beri idea,berilah cara atau jalan nak laksanakan idea gak. 

Ada orang pulak lebih rela sumbang wang sebab tak ada masa nak join aktiviti.lagipun tak payah susah-susah.

Jadi anda macamana? Apakah bentuk sumbangan yang anda mampu dan sanggup bagi pada sekolah?

Jadi, saya nak wujudkan poll dan survey untuk itu.Jangan tak vote! kalau nak komen tentang hal ini, komen di bawah tulisan ni.k

NAMA KELAS BERUBAH

Masa belek-belek majalah sekolah, saya baru perasan tentang sesuatu.Nama-nama kelas dah berubah la wei!

Anatara nama-nama kelas ialah

ALPHA

BETA

THETA

DELTA

SIGMA

NEWTON

FARADAY

GLOBAL

INOVATIF

KREATIF

DINAMIK

Apa komen anda? Nanti saya buat poll dan survey di side bar.so vote okay!

SIS SUDAH ADA KELAS RK

Tahu tak? Mulai tahun 2008 (tahun lepas le) sekolah kita tu dah mewujudkan dua kelas khas yang dinamakan kelas Rancangan Khas atau singkatannya RK. jadi, stu kelas RKA dan satu lagi namanya RKB.

Kelas RK ni bukannya kelas pemulihan ek! Kelas ini merupakan satu kelas khas yang diwujudkan untuk mengumpulkan anak-anak tempatan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat peluang atau tidak mahu ke asrama penuh. 

Kenapa ada RKA dan RKB?

Jawapannya:

Disebabkan PPD Kinta (kita dah ada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan  yang terletak dalam kawasan SMK Kampar,Perak-khusus untuk Daerah Kinta Selatan) hanya membenarkan satu kelas RK diwujudkan, jadi RKA sahaja yang diiktiraf sebagai kelas Rancangan Khas dalam JPN Perak.Maksudnya pelajar-pelajar yang masuk dalam RKA ialah pelajar-pelajar yang dipilih oleh PPD Kinta Selatan.

Manakala pelajar-pelajar RKB dipilih oleh pihak sekolah.Alasannya, terdapat ramai pelajar yang cemerlang (terutama dari kaum Cina dan India) yang harus juga diberi peluang menikmati program-program kecemerlangan seperti pelajar asrama penuh. Cuma kemusykilannya ialah peruntukan JPN untuk kelas RKA adakah digunapakai juga untuk RKB? Kalau benar, macam tak adillah,kan. Pelajar-pelajar RKA dipilih khas oleh PPD tapi peruntukan digunapakai untuk dua kelas.Terpaksa berkongsi hak pulak.TAPI hal tersebut, hanya cikgu-cikgu SIS yang tahu.

Berbalik pasal RK tadi.Tujuan penubuhannya adalah supaya pelajar-pelajar cemerlang ini dapat dibantu ditingkatkan lagi prestasi walaupun tidak bersekolah di sekolah asrama. Banyak program khas yang diadakan untuk tujuan ini. Mereka ini mendapat layanan ala pelajar asrama penuh. Program motivasi, lawatan sambil belajar, kem di sekolah dan macam-macam lagi telah diadakan. Mungkin pada tahun pertama adalah kekurangan dari segi pengurusan.Tapi rasanya akan datang, sekolah akan meningkatkan lagi kualiti program.

Nak tahu? Anak saya Juliana juga dipilih masuk RKA. Disebabkan Juliana ni tak boleh lekang dengan saya (satu-satunya anak perempuan wei!), walaupun dia mendapat 5A tapi dia tidak mohon mana-mana sekolah asrama. Kecik lagi.Biarlah belajar di SIS. Lagipun emak dan ayahnya asalnya SIS jugak. Kira ok apa.

Jan 2, 2009

LAGU SEKOLAH

Masih ingat tak melodi lagu sekolah.Ha!Ha!Ha!Mesti ramai yang lupa.Lirik pun tak ingat,kan.Biasalah tu. Saya dan Joe pun tak ingat.Semalam masa kami tengok lirik, kami cuba-cuba nyanyikan.Alamak! Sumbang wei!Anak dara saya yang tingkatan 2 kat SIS tahun ni punyalah gelak besar."Ibu,ayah, jangan nyanyilah.Rosak lagu!"

Ni di bawah lirik lagu sekolah. Cubalah nyanyi. Kot-kot ingat.

LAGU SEKOLAH SIS GOPENG

Mari kita berusaha

Usaha punca kejayaan

Doakanlah kepada Tuhan

Mencapai cita-cita

Mari kita sama-sama

Amalkan Rukun Negara

Kita hidup bersatu padu

Taat Kepada Raja dan Negara

Rajinlah menuntut ilmu

Ilmu membawa ke

kemajuan

Kita maju di dalam sukan

Sihat Kesihatan

Marilah kita berbakti

Pada negara dan sekolah

Sekolah Idris Shah

Majulah maju sekolah kita

t/kasih byk2 le ye

any way t/kasih byk2 le ye. ani.. ssah2.. ko buat gak ek!
ni bkn apa.. utk ko gak.. mn tau.. mkin kkwan bg ilham ckit seorang.. dpt gak ko tokok tmbah dlm cita2 ko (mana aku tau)
n blh gak kkwan lama tu contek blk.. dah 21 thn terpisah ( bkn ngan aku ek) 
mmg aku perlukan menda mcm ni.. bkn ape aku nak tgk sejauh mana.. geng2 kita yg celik i.t (bukan ibu tugai)( ada ke kkawan kita jd ibu tungai) aku byk adea ni, kalu dpt kita bgabung ckit sorang.. tgu je projek aku, beso idak le dapt le dalam sejuta sorang perhz!)
tujuan ni agak mana tau ada rezki kita buat reunion, bantu kkwan yg dalam kesusahan (kena tgk gak le susah mcm mana) kalau mcm si shidah tu, tak yah tulun pun tak pe.
kalau meterial gmbar tu. nt aku blk kg aku terjah stor umah aku, nak aku cr nt aku sent kat ko, 
-Halim Tahir-