Feb 25, 2009

Ahli baru mendaftar

Otai SIS Gopeng baru je mendaftar. Alumni tahun 1972. Terima kasih kerana sudi join Alumni SIS Gopeng.Moga kawan-kawan Dato turut sama sudi join group kita ni.

Nama : Md Arif bin Abdullah

Nama Panggilan : Dato

Maklumat Dato boleh rakan-rakan Dato dapati daripada admin.

Feb 17, 2009

Lagi Alumni mendaftar

Shahril bin Abd Aziz (Aril) Alumni 1992 dari kelas 5A2,baru sahaja mendaftar menjadi ahli Alumni SISGopeng. Thanks Aril. Ini mesti geng Adik ni. Kalau ada sesiapa nak menghubungi Aril, bolehlah emel admin. Sebab  alamat dan no telefonnya hanya untuk makluman admin dan kekawannya aje.

Admin harap Aril sudi menghantar gambar atau cerita-cerita semasa sekolaha tau perkembangannya sekarang.

Well, Aril...welcome to the club

Feb 14, 2009

Daftar keahlian

Ni nak bagi tahu.Kalau nak daftar keahlian, kena masuklah ke dalam blog Daftar Keahlian dan hantar maklumat kat emel daftarkeahlian@gmail.com. Blog ni khas untuk cerita-cerita alumni dan berita terkini tentang sekolah SIS Gopeng.

Admin dimaklumkan yang seorang alumni kita telah hantar maklumat tapi tak tau lah ke emel mana sebab admin tak dapat emel tu, baik kat emel alumnisisgopeng@gmail.com mahupun kat emel daftar keahlian@gmail.com. Admin diberitahu bahawa asri marah-marah sebab admin belum lagi masukkan maklumat dia. Sorry yek Asri. Bukan kesalahan admin. Miscommunication je.

So, hari ini Halim hantar emel dengan maklumat dari Asri ke emel alumnisisgopeng@gmail. Admin tak masukkan maklumat itu di sini sebab admin daftarkan ke blog daftar keahlian. Sebabnya, admin nak mudahkan kalau kekawan nak cari member-member lama ikut entri nama dan tahun.Itu sebab admin asingkan antara cerita alumni dengan maklumat alumni.Kalau masukkan kat sini, untuk akan datang mungkin susah (sekarang mungkin senang sebab tak banyak post.kalau nanti banyak post ,susah pulak nak cari maklumat kawan)nak kena tengok dan bukak post-post lama .

so harap faham yek.Sini hanya untuk cerita-cerita Alumni dulu dan sekarang. Daftar ke emel daftar keahlian.Lagipun senang sikit admin nak masukkan dalam blog.Kalau hantar ke emel alumnisisgopeng@gmail.com, ada susah sikit. Harap beri kerjasama ok.

Anyway, thanks Asri sebab sudi mendaftar jadi Alumni SISGopeng. So sapa-sapa nak maklumat Asri dan nak contact asri, klik ke Daftar Keahlian Alumni SIS Gopeng.

Feb 1, 2009

Alumni mendaftar menjadi ahli

Untuk makluman semua, Hisham Hamzan (Alumni 1987), Hasniwati Khairuddin(Alumni 1992) dan Roshita Sowkkat Ali(1987)  telahpun mendaftar dalam blog ini. Untuk mengetahui maklumat lanjut atau ingin menghubungi mereka sila klik ke ruangan Alumni Sis Gopeng.