Apr 22, 2009

Selamat mendaftar En Nain

Ada ahli baru mendaftar. Namanya Zolkhornain bin Buyong atau Nain. Boleh lah jenguk blog daftar keahlian untuk tengok info En. Nain. Mungkin kawan-kawan lama boleh menghubunginya. bolehlah eratkan kembali siratulrahim.Thanks En Nain. Terima aksih kerana sudi jadi ahli Group Alumni ni.Senior admin rupanya. Kenal abang admin tak.Khairul (tapi junior En. Nain la-alumni 1985).

Admin cadang nak buat email group untuk group Alumni SISGopeng. Tapi tunggu admin tak sibuk. Doakan yek. Nanti bolehlah kita berchat menerusi email.K

Apr 13, 2009

Ahli baru mendaftar

Ha....selepas dijolok baru ada ahli baru mendaftar. Panggilan namanya Deep. Tapi tak lak nama penuhnya. Tak taulah sama ada Gurdeep, Jagdeep ke? Hehehe! Sorry Deep. Main-main je. Tapi betul-betul admin tak tau nama penuh Deep. Anyway, welcome to the club. Dengar cerita Deep nak promote cuti-cuti Malaysia. Kira oklah.Tambah lagi kalau ada special diskaun. Apa lagi Deep?Hantarlah infonya kat admin.k

Apr 4, 2009

ADMIN SENYAP SEBAB SIBUK TAPI ALUMNI SENYAP APAHAL LAK?

Sampai bulan 4, admin memanjang sibuk.Lepas satu projek ke satu projek.Eh ! Silap. Sebetulnya belumpun selesai satu projek datang 3 /4 projek lagi. Ni dalam bulan 4, dah ada sampai 3 contest nak disettlekan.tu tak termasuk tugas pentadbiran lagi.Ingat kerja cikgu ni senang apa. Kalau fokus pada mengajar, cikgu lah paling seronok dalam dunia. keduanya tentunya murid sebab pastinya P&P boleh buat paling menarik dan paling canggih. Sure tak bosan punya. Ini tak. mana nak sediakan alat bantu mengajar best-best sangat.Masa free, (time tak de kelas) buat tugasan pengkeranian- key in data, kemaskini fail, tulis minit mesyuarat, buat laporan dan macam-macam lagi. nampak kerja cikgu senang. yang orang lain cemburu sebab cikgu banyak cuti.tapi tak tahu yang time cuti pun cikgu kena buat kerja. kena gak pergi sekolah.Time ni pun admin tengah key in data murid dalam data maklumat murid.Kerja yang dibawa balik.Letih tenguk data tu yang jenguk kat blog ni. Kesian kat blog ni.Memang senyap sejak beberapa bulan.

Tapi tu lah.tak kan admin je yang nak bercerita. Kalau camtu baik admin buat blog tentang diri sendiri. kan blog ni untuk alumni sisgopeng-untuk kongsi cerita masing-masing.tapi kecewanya yang dah daftar jadi ahlipun macam tak berminat nak kongsi cerita. kalau ak ada cerita mana blog ni nak masuk list dalam search engine.

Admin bukan apa, tanpa alumni yang lain, mana nak meriah blog ni. Hari-hari admin check email tapi tak de juga post dari alumni lain. yang ada spam-iklan dari amcam2 syarikat.

Oklah. admin nak sambung kerja.Chow.

p/s SIS la ni dapat penegtua baru-perempuan.dengar cerita cerewet tapi tak tahulah betul ke tak.