Jan 7, 2009

Mai lah join wahai Alumni SIS Gopeng!

Sham (Alumni 1987) baru semalam 'join the club' (Untuk melihat maklumat Sham, sila klik ke ruangan daftar keahlian).Thank, Sham kerana beri sokongan pada projek baru aku dan Alim mengumpulkan kawan-kawan lama. Tapi mana gambarnya?Teringin gak tengok gambar baru.Yang ada dalam fikiran hanya Sham yang lama.Kalau terjumpa kat mana-mana, jangan marah ye kalau tak tegur.Bukan apa, kekadang tu rupa kekawan dah berubah.Mana nak kenalnya.

Minggu lepas (kalau tak silap la), terjumpa Charlie (ingat lagi ke Shaharizala-anak bomba yang sekarang dah jadi bomba gak tu?) Yang kenal tentunya geng Alumni 1987. Maa tu tak dan nak sembang lama. Dia baru sampai ,saya dan Joe pulak dah nak balik.Teringin gak nak maklumkan pada dia pasal blog ni tapi tak sempat.Nak kata macam mana tak ada rezeki.

Tadi baru post cerita Ila .(Alumni 1987.Thanks Ila for your post dan atas sokongan yang diberi. tapi mana Shidahnya.Mana Pidahnya dan yang lain-lain. Si Noni pulak apa cerita?Wei! Geng , cepatlah join. Semua tu Alumni 1987.Cepatlah hantar cerita dan berita.Begitu juga senoir dan junior saya yang lain. Marilah kita meriahkan blog ni dengan cerita-cerita kita. Ada rezeki boleh lah kita buat gathering semua Alumni.Kan seronok.

No comments:

Post a Comment