Sebagai alumni SIS Gopeng, pernahkah kita memberikan apa-apa sumbangan kepada sekolah? tak tahulah anda tapi saya tak pernah lagi, selain SUMBANGAN ANAK! Hehehe!Itupun pinjam je!
But seriusly! Ramai yang mungkin tak pernah terfikir atau tak tahu macamana nak bantu sekolah. tak cemburu ke tengok alumni sekolah lain begitu hebat kerana berjaya bergabung dan memberi sumbangan yang besar pada sekolah masing-masing.Kita?
Saya rasa nak adakan aktiviti-aktiviti tertentu untuk tujuan ini pada masa akan datang. Perancangan saya boleh uruskan tapi pelaksanaan perlu kerjasama dan bantuan alumni lain. Bersatu teguh bercerai roboh geng!
Kalau kita bergabung, adanyanya usahasama, saya yakin kita boleh juga memberi sumbangan kepada sekolah. Tak kiralah sama ada dalam bentuk wang, tenaga, program dan sebagainya. Kadang-kadang orang berat nak keluar wang,tak pa. Keluar tenaga, bantulah kalau ada apa-apa program yang akan kami jalankan. Bantuan dan sumbangan tak semestinya dalam bentuk wang. Beri idea dan cadangan pun sumbangan jugak. tapi kalau beri idea,berilah cara atau jalan nak laksanakan idea gak.
Ada orang pulak lebih rela sumbang wang sebab tak ada masa nak join aktiviti.lagipun tak payah susah-susah.
Jadi anda macamana? Apakah bentuk sumbangan yang anda mampu dan sanggup bagi pada sekolah?
Jadi, saya nak wujudkan poll dan survey untuk itu.Jangan tak vote! kalau nak komen tentang hal ini, komen di bawah tulisan ni.k
No comments:
Post a Comment